
Beliau memperolehi keuntungan lumayan hingga mampu bergelar jutawan pada usia muda. Pengasas laman lelongan menerusi internet yang dikenali, eBay , Pierre Omidyar menjadi jutawan dalam usia belum pun mencecah 30 tahun. Berikutan kejayaan Omidyar jugalah mendorong anak muda tempatan lulusan Sarjana Muda Rekacipta Multimedia dari Universiti Staffordshire, United Kingdom, Irfan Khairi, menceburi perniagaan internet ini.
Pengalaman luas sebagai Pereka Sistem Multimedia dan Perunding Internet di salah sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) di Netmedia (UK)Ltd, Birmingham, Irfan memanfaatkan peluang itu dengan memulakan jaringan perniagaan di internet.
“Pada asalnya, saya menjalankan perniagaan itu secara sambilan pada 1999 dan lama-kelamaan permintaan semakin bertambah dan mengambil keputusan untuk memberi tumpuan terhadap perniagaan ini.” “Bermodalkan hanya RM500, laptop dan akses internet, saya menubuhkan perniagaan laman web Idea Bubble. Selepas tiga tahun, saya berjaya memperoleh pendapatan bersih sebanyak RM1 juta tanpa pekerja dan peralatan komputer canggih”.(Petikan daripada akhbar Berita Harian)
Irfan berpendapat kesungguhan dan yakin terhadap potensi diri menjadi kunci kejayaan beliau yang turut disokong keluarga. Sehingga kini , Irfan telah memberi perkhidmatan kepada lebih 3,000 pelanggan di seluruh negara. Menurut beliau kemudahan internet sebenarnya memberi potensi cukup luas dalam memperluaskan perniagaan dan kita boleh berniaga apa sahaja di luar sana.
Jenis perniagaan itu pula bebas asalkan mendapat permintaan pelanggan. Beliau memilih menawarkan perkhidmatan reka bentuk laman web, grafik, e-book, perunding multimedia, e-Niaga, pembelajaran dan terbaru menceburi bidang pelancongan.
Katanya, perniagaan itu sesuai diceburi golongan siswazah menganggur kerana mereka mempunyaai pelbagai kepakaran dalam bidang yang boleh diniagakan menerusi internet, asalkan mereka celik IT, mempunyaai peralatan komputer dan kemudahan internet .
Irfan juga tidak lokek berkongsi kejayaan malah menulis buku bertajuk Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar kepada orang ramai yang berminat mempelajari teknik berkesan untuk membina perniagaan internet.
Minggu hadapan akan disiarkan lagi serba sedikit mengenai kejayaan IM yang lain pula.
Jumpa lagi.