PAKAR industri minyak menjangkakan harga minyak mentah akan melonjak sehingga AS$150 satu tong dalam tempoh dua bulan ini dirangsang pertambahan permintaan dan spekulasi peniaga komoditi.
Mengikut perangkaan industri itu yang diterbitkan pada Persidangan Minyak dan Gas Asia di Kuala Lumpur semalam, harga bahan api itu juga dijangka mampu mencecah antara AS$180 hingga AS$200 satu tong dalam empat tahun lagi.
“Ia akan mencecah AS$150 satu tong dalam jangka pendek,” kata Pengerusi Facts Global Energy, Fereidun Fesharaki di luar persidangan selama dua hari itu.
DIpetik daripada Berita Harian
Apakah Tindakan Anda Menangani Fenomena Luar Biasa Ini ?
Semasa saya menonton perbincangan antara Dato Shahrir Samad dan Yb Salehuddin Ayub malam tadi di RTM 1, saya terfikir tentang harga minyak yang semakin naik dan tiada kesudahannya. Anda sendiri boleh jangkakan, apa akan terjadi dengan kos sara hidup rakyat Malaysia. Jika kita terlalu memikirkan tentang fenomena ini, sampai bila pun tidak ada penyelesaiannya.
Pada pendapat saya, penyelesaiannya hanya satu iaitu meningkatkan lagi pendapatan untuk menampung kos sara hidup yang tinggi. Untuk itu kita kena fikirkan bagaimana hendak menaikkan lagi prestasi perniagaan internet kita semua. Apakah teknik-teknik terbaru yang boleh diguna pakai untuk memperbaiki sistem pemasaran internet yang ada sekarang? Marilah bersama-sama mencari dan mencari dan seterusnya kita berkongsi ilmu dan pendapat berkenaan pemasaran internet, bukannya harga minyak.
Anda bersetuju pendapat saya ?
Terima kasih dan jumpa lagi.