Selingan: Debat antara Lim Guan Eng dengan Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang
Semasa menulis post ini saya sempat menonton Rancangan Debat di yang dianjurkan oleh Agenda Daily .com di TV9. Debat tersebut adalah antara Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng dengan mantan Ketua Menteri Pulau Pinang. Debat ini banyak berkisar mengenai pentadbiran tanah di Pulau Pinang. Apa yang dapat saya nyatakan tentang perdebatan ini ialah lain orang lain cara tetapi matlamatnya sama.
Alternatif Kad Kredit
Kita tinggalkan mengenai perdebatan tersebut untuk memberi laluan kepada perbincangan tajuk post ini. Telah sedia maklum bahawa kad kredit adalah amat penting untuk menjalankan perniagaaan e-dagang. Di antara kegunaan kad kredit yang terpenting adalah untuk mengaktifkan akaun Paypal, menerima bayaran daripada pelanggan, membayar sewa domain dan hosting, membayar perkhidmatan autoresponder dan affiliate. Kad kredit juga perlu untuk membeli e-book e-book untuk rujukan anda.
Masalah yang selalu menyelubungi newbiz ialah untuk mendapatkan kad kredit. Selain daripada kos yang tinggi, anda perlu mempunyai latarbelakang kewangan yang kukuh dan lain-lain kreteria lagi.
Sebenarnya anda boleh menggunakan kad debit sebagai alternatif. Ia mudah dipohon dan tidak memerlukan anda mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh (Pelajar pun layak memohon). Untuk menggunakannya, anda dikehendaki memasukkan sejumlah wang mengikut kemampuan dan kehendak anda ke akaun Kad Debit terlebih dahulu. Jumlah yang anda akan belanjakan tidak boleh melebihi jumlah wang yang anda masukkan.
Yuran tahunan hanya dikenakan setahun sekali dan anda akan mendapat bayaran faedah bank iaitu seperti anda menyimpan wang dalam akaun simpanan. Berbeza dengan Kad Kredit, anda boleh berbelanja dahulu seberapa banyak yang anda suka asalkan tidak melebihi had yang telah ditentukan oleh bank. Anda dikehendaki setiap bulan membayar balik berapa yang anda telah belanjakan dan dikenakan bayaran faedah.
Ingatan
Perlu diingat bahawa bukan semua kad debit boleh digunakan di internet. Salah satu kad debit yang boleh diterima untuk berurusan di internet adalah Kad Debit VISA Public Bank. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kad Debit VISA Public Bank, anda boleh klik di sini.
Untuk mendapatkan lebih informasi mengenai e dagang, sila klik di sini.