ARB Dagang.Com
Pengedar Produk Digital Terpilih

15
Aug

Apa kata Admin Putera.com

15 August, 2008, 12:21 am oleh admin

 

Putera.com memang tidak asing lagi di kalangan mereka yang bergiat aktif dalam mencari dan berkongsi ilmu teknologi maklumat dan komunikasi. Admin Putera.com baru-baru ini telah memberikan komen dan pendapat bernas di post saya yang bertajuk “Selamat datang Ke Informasi ARB Dagang”.

Petikan komen beliau bertarikh 8 Ogos 2008 adalah sebagaimana di bawah; 

Tahniah diucapkan kepada ARB Dagang dengan wujudnya laman web yang sangat berguna seperti ini. Dewasa ini Internet menjadi semakin penting di dalam kehidupan masyarakat kita dan tiada siapa lagi yang harus mempersoalkannya. Pada masa yang sama pelbagai peluang perniagaan muncul di dalamnya, tetapi malangnya ramai anak tempatan yang tidak dapat mengejar kepantasan masa yang berlalu, kerana masa di internet berlalu jauh lebih pantas dari masa di dunia biasa.
Dengan adanya rujukan dan manual di dalam Bahasa Melayu, diharap lebih ramai anak tempatan yang berjaya memahami selok-belok perniagaan di Internet dan meraih peluang yang muncul.
Bersama-sama dengan kami di Putera.com untuk membawa dunia Internet kepada anda dalam Bahasa Melayu!
- Shanai, admin Putera.com

Memang tidak dapat dinafikan bahawa rujukan atau manual E-Dagang berbahasa Malaysia sukar didapati. Menyedari keadaan tersebut maka pihak ARB Dagang.com mengambil inisiatif menghasilkan ebook berbahasa Malaysia yang membincangkan dan memberi panduan mengenai operasi dan pembinaan edagang. E-book tersebut adalah Manual E-Dagang. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.

Kategori : Berita

Recent Comments
    • admin: betul tu. Itulah sebaik-baiknya....
    • kak nor: kita kena betul2 kenal siapa si-penulis e-book dan tengok ju...
    • Mary Nyangoh: Belum ada komen, kerana belum menyertainya...
    • Mary Nyangoh: Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai E-Dagang...
    • Fione Tan: Terima kasih kerana memperkenalkan saya.... Informasi ar...
goStreamyx.com