5 September, 2009, 3:02 pm oleh

Jika buku mempunyai kulit buku yang mampu menarik minat pembaca untuk mengetahui apa isi kandungan buku tersebut, untuk e-book pula ia mempunyai e-cover. Design e-cover akan diletakkan di muka surat pertama e-book. Ia juga akan diletakkan di laman web jualan untuk dipamerkan bagi memperkenalkan produk dan menarik minat pelawat. Kandungan e-cover biasanya hanya mengandungi tajuk e-book, nama penulis dan grafik.
Software yang akan digunakan adalah Adobe Photoshop dengan dibantu oleh script Action Script. Koleksi Actionscript boleh didownload di sini.
Action Script adalah script bantuan yang akan memudahkan anda menyediakan e-cover hanya dalam beberapa minit sahaja. Anda tidak perlu risau bagaimana untuk menggunakan perisian dan script tersebut kerana anda akan ditunjukkan langkah demi langkah.
Langkah 1: Buka perisian Adobe Photoshop.
Langkah 2: Klik menu ‘Action’ yang terletak di sisi kanan paparan.


Langkah 4: Pilih salah satu actionscript. Untuk pembelajaran, dicadangkan anda memilih actionscript e-book1. Seterusnya klik button Load.



Dalam beberapa saat grafik seperti di bawah akan terhasil secara automatik. Ini adalah ruang paparan kulit e-book anda yang masih kosong. Di sini anda perlu meletakkan tajuk e-book serta nama anda dan sedikit grafik sebagai penyeri.



Langkah 9: Buat pilihan warna dan seterusnya klik OK. Sekiranya anda hendak membuat pilihan warna yang lebih detail, klik button Color Libraries.

Langkah 10: Setelah anda membuat pilihan warna yang sesuai klik button OK

Langkah 11: Buat pilihan saiz font dan jenis font.

Langkah 12: Letakkan kurser di ruangan berwarna biru (kulit e-book) dan taipkan tajuk e-book anda

Langkah seterusnya bersambung di Design E-Cover Bhg.2
Salam arb,
panduan yang ada di blog anda sememangnya berguna.Sama-samalah kita memartabatkan bahasa Melayu dalam bidang ini.
Satu perkongsian yang hebat dan jujur saya katakan sememang ilmu yang diberikan bermanfaat untuk newbie