ARB Dagang.Com
Pengedar Produk Digital Terpilih

27
May

Produk Pertama ARB Dagang.com

27 May, 2008, 1:18 pm oleh admin

Salam sejahtera semua.

 

E-Book Manual E-Dagang

 

Produk pertama ARB Dagang.com ialah sebuah e-book bertajuk Manual E-Dagang yang mendedahkan cara membina perniagaan internet terutamanya cara membina minisite perniagaan internet yang lengkap.

 

ARB Dagang.com mengambil inisiatif menghasilkan e-book Manual E-dagang ini berdasarkan faktor-faktor berikut:

 

  • Ramai yang berminat untuk menceburi perniagaan internet tetapi tiada pengetahuan mendalam dalam bidang teknikal dan programing komputer. Mereka ini dimomokkan dengan persepsi mereka sendiri yang mengatakan terlalu susah untuk memahami segala macam proses teknikal bagi membina sendiri website perniagaan internet.

 

  • Belum ada dipasaran Malaysia terutamanya yang berbahasa Malaysia, buku-buku yang memberi panduan lengkap membina website khusus untuk perniagaan internet. Anda terpaksa membeli beberapa buah buku membina website untuk kegunaan umum yang kebanyakkannya berbahasa Inggeris. Di internet tidak banyak e-book yang memberi panduan secara khusus membina website perniagaan internet.

 

  • Kos yang tinggi untuk menggunakan khidmat webmaster bagi membangunkan website perniagaan internet merupakan salah satu faktor yang membantutkan orang ramai untuk menceburi bidang ini.

 

  • Selain daripada itu pemasangan sistem hubungi, sistem penerimaan bayaran, sistem autoresponder dan sistem affiliate juga memerlukan kos yang tinggi jika menggunakan sistem yang berbayar. Bagi yang baru hendak memulakan perniagaan ini mungkin menjadi beban bagi mereka. Di e-book ini didedahkan cara yang paling murah dan keberkesanannya cukup untuk mereka yang baru hendak bermula.

 

Daripada faktor-faktor tersebut maka tercetuslah idea untuk menghasilkan e-book Manual E-Dagang. Maklumat dalam e-book ini adalah berdasarkan kajian daripada internet, bahan-bahan bacaan, pengalaman mentor-mentor perniagaan dan pengalaman ARB Dagang.co sendiri.

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi berkenaan e-book Manual E-Dagang, silalah kunjungi website www.arbdagang.com.

 

Jumpa lagi.

Kategori : Berita

Recent Comments
    • admin: betul tu. Itulah sebaik-baiknya....
    • kak nor: kita kena betul2 kenal siapa si-penulis e-book dan tengok ju...
    • Mary Nyangoh: Belum ada komen, kerana belum menyertainya...
    • Mary Nyangoh: Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai E-Dagang...
    • Fione Tan: Terima kasih kerana memperkenalkan saya.... Informasi ar...
goStreamyx.com