1 December, 2008, 9:02 pm oleh

Agak lama juga blog ini tidak dikemaskini iaitu sejak 7 November 2008. Ini bukan bermakna blog ini tidak aktif lagi. Ini adalah kerana saya sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut kelahiran putera sulong saya dan juga sedang merangka projek baru iaitu produk digital terbaru ARB Dagang.
Foto diĀ atas adalah putera sulong yang saya dan isteri nantikan setelah 6 tahun berkahwin. Sebelum ini isteri saya telah mengalami keguguran sebanyak 5 kali. Foto ini dirakamkan pada hari ke 15 setelah kelahirannya. Bayi lelaki ini yang telah dilahirkan pada 14 November 2008 melalui pembedahan di beri nama Mohammad Nazmi.
Itu serba sedikit mengenai tarikh keramat 14 November 2008. Dipost kali ini saya mengambil peluang untuk menulis serba sedikit mengenai projek terbaru saya iaitu sebuah produk digital yang akan dilancarkan seawal-awalnya pada 9 Mac 2009. Produk digital ini adalah sebuah panduan lengkap berbahasa Malaysia yang membongkar rahsia membina website untuk tujuan kedai online (e-commerce), forum, laman web peribadi dan sebagainya menggunakan Content Management System yang paling popular masa ini iaitu Joomla!
![]()
Joomla! adalah satu sistem yang dikenali sebagai Content Management System (CMS) yang paling popular dan digunakan secara meluas untuk website peribadi, website syarikat-syarikat perniagaan, e-commerce dan berbagai lagi. Ia dibangunkan oleh Open Source Matters (OSM).
Apa yang paling menarik ialah ianya percuma. Joomla! menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan menggunakan database MySQL. Selain daripada itu Joomla! mempunyai komponen dan modul tambahan berjumlah melebihi 10,000 dan mempunyai ahli komuniti hampir 60,000 orang walaupun baru setahun pada 1 September.
Nantikan pelancaran produk baru dari ARB Dagang ini. Cadangan dan komen dari pembaca blog ini sangat-sangat dialu-alukan.
Tahniah kerana dapat anak sulung..
mesti hepi sangat kan sebab isteri gugur 5 kali sebelum ni…
taniah saudara
Wa…nampaknya cuti bukan sebarang cuti tapi cuti berisi rupanya…