25 October, 2009, 4:28 pm oleh (0) Komen
Sambungan daripada post Design E-Cover Bhg.2







Akan bersambung di Post Design E-Cover Bhg.3
5 September, 2009, 3:02 pm oleh (2) Komen

Jika buku mempunyai kulit buku yang mampu menarik minat pembaca untuk mengetahui apa isi kandungan buku tersebut, untuk e-book pula ia mempunyai e-cover. Design e-cover akan diletakkan di muka surat pertama e-book. Ia juga akan diletakkan di laman web jualan untuk dipamerkan bagi memperkenalkan produk dan menarik minat pelawat. Kandungan e-cover biasanya hanya mengandungi tajuk e-book, nama penulis dan grafik.
Software yang akan digunakan adalah Adobe Photoshop dengan dibantu oleh script Action Script. Koleksi Actionscript boleh didownload di sini.
Action Script adalah script bantuan yang akan memudahkan anda menyediakan e-cover hanya dalam beberapa minit sahaja. Anda tidak perlu risau bagaimana untuk menggunakan perisian dan script tersebut kerana anda akan ditunjukkan langkah demi langkah.
Langkah 1: Buka perisian Adobe Photoshop.
Langkah 2: Klik menu ‘Action’ yang terletak di sisi kanan paparan.


Langkah 4: Pilih salah satu actionscript. Untuk pembelajaran, dicadangkan anda memilih actionscript e-book1. Seterusnya klik button Load.



Dalam beberapa saat grafik seperti di bawah akan terhasil secara automatik. Ini adalah ruang paparan kulit e-book anda yang masih kosong. Di sini anda perlu meletakkan tajuk e-book serta nama anda dan sedikit grafik sebagai penyeri.



Langkah 9: Buat pilihan warna dan seterusnya klik OK. Sekiranya anda hendak membuat pilihan warna yang lebih detail, klik button Color Libraries.

Langkah 10: Setelah anda membuat pilihan warna yang sesuai klik button OK

Langkah 11: Buat pilihan saiz font dan jenis font.

Langkah 12: Letakkan kurser di ruangan berwarna biru (kulit e-book) dan taipkan tajuk e-book anda

Langkah seterusnya bersambung di Design E-Cover Bhg.2
25 August, 2009, 10:21 pm oleh (1) Komen

DRAF E-BOOK
Setelah mengenalpasti tema e-book, langkah seterusnya adalah merangka draf e-book. Tujuan atau faedah merangka draf adalah untuk memudahkan anda menyusun isi kandungan e-book dan memudahkan untuk anda mengedit sekiranya ada pembetulan, pertambahan isi kandungan dan sebagainya.
Tidak semestinya anda menulis e-book mengikut kesemua kandungan draf yang telah anda buat. Draf hanyalah panduan untuk memudahkan penulisan dan memudahkan anda memasukkan idea-idea yang baru anda perolehi untuk dimuatkan ke e-book anda. Anda digalakkan merangka draf dengan menyusun isi kandungan mengikut bab.
TEKNIK PENULISAN
Menulis e-book memerlukan suasana yang tenang dan selesa. Jangan sesekali menulis e-book di tempat yang tidak sesuai kerana ini akan mengganggu fokus anda untuk menulis. Selain daripada itu fikiran perlu segar, tidak bercelaru dan yang penting tidak ketandusan idea.
Sekiranya anda mengabaikan perkara-perkara tersebut kerana memikirkan hendak siap cepat, besar kemungkinan e-book yang anda hasilkan tidak seperti yang anda dan golongan sasaran anda harapkan. Anda boleh mula menulis samada mengikut susunan bab yang telah di draf ataupun tidak. Contohnya pada hari ini anda menulis bab 1 dan pada esoknya anda mendapat idea untuk bab 5. Anda boleh terus menulis bab 5 dan boleh menyambung semula untuk menulis di bab1, bila-bila masa yang anda suka mengikut keselesaan anda.
Semasa menulis e-book anda perlu menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami golongan sasaran pasaran anda. Contohnya jika sasaran pasaran anda adalah golongan berpendidikan biasa, anda bolehlah menggunakan bahasa yang bersahaja dan tidak terlalu formal. Sekiranya sasaran pelanggan anda adalah golongan profesional seperti profesor atau ahli falasafah, anda perlu menggunakan gaya bahasa yang sesuai untuk mereka.
Huraikan isi dengan jelas dan tepat. Jika perlu sertakan contoh-contoh supaya pembaca mudah memahami penerangan yang anda sampaikan. Gambar, carta, jadual dan flowcart juga memainkan peranan penting untuk membantu menambahkan lagi pemahaman pembaca dan. e-book anda juga akan kelihatan profisional. Selain daripada itu ia juga dapat membantu menambahkan lagi bilangan muka surat e-book anda.
Akhir sekali setelah e-book anda siap, anda perlu menyemaknya berulang kali sehingga anda benar-benar puas hati bahawa tiada fakta-fakta yang tertinggal dan tiada sebarang kesalahan ejaan, susunan ayat dan sebagainya. Ingat! Sedikit kesilapan akan membuatkan e-book anda cacat dan tidak berkualiti.
21 August, 2009, 1:19 pm oleh (0) Komen

Menghasilkan e-book yang bermutu adalah impian semua. Tidak cukup dengan daya kreativiti dan idea yang melambak-lambak, anda perlulah ada skil, panduan dan kaedah-kaedah yang perlu diikuti. Di sini dihuraikan satu persatu rahsia bagaimana penulis-penulis e-book menghasilkan e-book yang bermutu dan meletup dipasaran internet.
MENGENALPASTI TEMA E-BOOK
E-book yang bermutu tinggi adalah e-book yang mengandungi informasi yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pembaca. Oleh itu sebagai langkah permulaan, anda perlu mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh target market anda. Masalah tersebut akan diolah untuk dijadikan tema E-Book anda.
Pastikan masalah yang dikenalpasti mempunyai penyelesaiannya dan anda mempunyai sumber untuk mendapatkan maklumat penyelesaian tersebut. Idea penyelesaian masalah yang telah dikenalpasti boleh diperolehi melalui berbagai teknik. Di antaranya adalah;
Dalam kehidupan seharian samada anda sendiri atau orang lain di sekeliling anda tidak lari daripada mengalami masalah. Contohnya, semasa berlaku kenaikkan harga minyak yang tinggi menyebabkan semua pengguna kenderaan bermotor mengeluh kerana terpaksa menanggung kos yang bertambah untuk perbelanjaan bahanapi kenderaan mereka.
Dari keluhan tersebut anda boleh cuba memikirkan, bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Anda juga boleh menjadikan masalah ini untuk mencipta tema e-book anda seperti ‘Bagaimana Menjimatkan Minyak’.
Di Yahoo Answer anda boleh mendapat idea untuk mengenalpasti masalah-masalah yang paling popular. Ini adalah kerana Yahoo Answer adalah ruangan untuk mengutarakan berbagai kategori persoalan dari pengguna Yahoo di seluruh dunia. Anda boleh memilih masalah yang paling banyak diutarakan di ruangan ini sebagai tema e-book anda.
Kunjungi forum-forum yang berkaitan dengan golongan sasaran pasaran anda. Contohnya jika golongan sasaran adalah pengguna dan peminat komputer di Malaysia, anda boleh mengunjungi ruangan forum www.putera.com dan sekiranya sasaran pasaran anda adalah golongan yang akan dan telah menceburi perniagaan internet, forum yang sesuai dikunjungi adalah www.wangcyber.com.
Cari masalah yang kerap menjadi persoalan dan perbincangan di forum tersebut. Contohnya jika di www.putera.com paling kerap membincangkan persoalan seperti masalah penggunaan Sistem Operasi Window Vista, anda boleh memilih ‘Bagaimana Menggunakan Window Vista’ sebagai tema e-book anda.
Sekiranya anda mempunyai blog sendiri, anda boleh menjalankan undian di blog anda. Contohnya anda membuat undian dengan memberikan satu soalan kepada pelawat blog anda seperti;
Apakah masalah yang kerap di hadapi untuk memulakan perniagaan anda?’.
(a) Tidak tahu membina laman web
(b) Tidak tahu memasang sistem bayaran, affiliate dan autoresponder
(c) Tidak tahu mempromosi
(d) Tidak tahu semua perkara di atas.Sekiranya keputusan undian tersebut adalah (a), anda boleh menjadikan ‘Bagaimana membina laman web untuk perniagaan internet’ sebagai tema projek e-book anda.
Langkah seterusnya, cuba dapatkan seberapa banyak tema yang sesuai menggunakan teknik-teknik seperti yang telah dihuraikan di atas dan jangan lupa senaraikan keputusannya.
ANALISA SENARAI TEMA E-BOOK
Daripada tema yang telah anda senaraikan, hanya satu tema yang perlu anda pilih untuk dijadikan tema e-book anda. Untuk membuat pilihan anda perlu membuat analisa terhadap senarai tema. Tema yang dipilih mestilah tema yang mempunyai jumlah carian yang banyak dan kurang persaingannya di enjin carian.
Jumlah carian boleh dikenalpasti dengan menggunakan perkhidmatan percuma di laman web seperti https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal. Seterusnya dapatkan data jumlah laman web atau saingan untuk keyword tersebut. Data persaingan enjin carian google boleh diperolehi daripada search engine seperti www.google.com.
Buat kiraan dengan menggunakan formula Keyword Effectiveness Index (KEI). Formula kiraan tersebut adalah sebagaimana berikut;
di mana
P = populariti iaitu jumlah carian yang di buat pelawat menggunakan keyword yang
anda pilih dan
C = competitor iaitu jumlah laman web yang terhasil daripada carian menggunakan
keyword tersebut.
Contoh kiraan.
Katakan nilai untuk keyword ‘perniagaan internet’, P = 2,900 dan C = 698,000
KEI keyword ‘perniagaan internet’ = P² /C
= 2,900² /698,000
= 12.04
Ulangi analisa ini untuk kesemua tema-tema yang telah disenaraikan dan dapatkan hasil kiran KEI. Langkah terakhir analisa ini adalah membandingkan nilai KEI untuk kesemua tema yang telah disenaraikan. Tema yang mempunyai nilai KEI yang paling besar adalah tema yang paling sesuai untuk dipilih kerana mempunyai jumlah carian yang banyak dan mempunyai kurang persaingnnya.
20 August, 2009, 11:11 am oleh (0) Komen

PERISIAN MUDAH MENULIS E-BOOK
Sebelum ini telah diterangkan bahawa e-book adalah produk digital yang menjadi pilihan pakar untuk dipasarkan di internet. Salah satu perisian yang mudah untuk menghasilkan e-book adalah Open Office.org Writer. Perisian ini boleh diperolehi dengan mendownload secara percuma di laman web www.openoffice.org . Setelah anda mendownload perisian tersebut, pasangkan di komputer anda.
Penggunaannya mudah, hanya menaip data atau maklumat sebagaimana anda menggunakan perisian Microsoft Word. Setelah siap tukarkan format Open Document Text kepada format Portable Document Format (pdf) dengan hanya klik pada “Export as PDF” sebagaimana langkah-langkah di bawah.
Langkah 1: Klik File > Export as PDF

Langkah 2: Klik Export

Langkah 3: Berikan nama fail dan klik button Save

Sebenarnya banyak perisian lain yang boleh digunakan untuk menulis e-book. Perisian Word Microsoft Office juga boleh digunakan untuk menghasilkan e-book. Caranya juga mudah iaitu dengan menaip apa sahaja, kemudian anda memerlukan perisian lain untuk menukarkannya kepada format pdf. Contoh perisan yang boleh anda gunakan adalah seperti PrimoPDF yang boleh didownload di laman web www.primopdf.com.
19 August, 2009, 7:45 pm oleh (0) Komen

Anda baru sahaja diterangkan dengan rahsia teknik pemasaran mereka yang hebat dan berkesan. Seterusnya anda akan didedahkan bagaimana mereka mengekalkan produk mereka sentiasa laris walaupun telah lama dilancarkan.
RAHSIA SEARCH ENGINE
Search engine digunakan secara meluas oleh pengguna internet untuk mencari laman web yang berkaitan dengan maklumat yang dikehendaki. Kepentingan search engine tersebut digunakan sebaiknya oleh pakar perniagaan internet untuk melariskan jualan mereka. Mereka melakukan beberapa pengubahsuaian terhadap kod html dan kandungan laman web mereka supaya laman web tersebut mudah diindeks dan ditempatkan di kedudukan yang baik pada search engine. Proses pengubahsuaian tersebut dinamakan proses search engine optimization atau ringkasnya SEO.
Apabila laman web mereka diletakkan di kedudukan yang baik di enjin carian, laman web mereka akan mudah dijumpai oleh ramai pelawat. Dengan itu peluang untuk membuat jualan juga besar.
RAHSIA SEARCH ENGINE PAY PER CLICK
Selain daripada kaedah SEO, pakar juga menggunakan khidmat search engine pay per click untuk mendapatkan ramai pelawat mengunjungi laman web mereka dengan kaedah segera. Kaedah ini memerlukan mereka menyediakan keyword yang berkaitan dengan produk yang ditawarkan.
Mereka kemudiannya dikehendaki membida harga tertentu untuk membolehkan laman web mereka disenaraikan di enjin carian penyedia PPC. Mereka akan dikehendaki membayar harga bidaan tersebut mengikut jumlah pelawat yang mengunjungi laman web mereka kepada PPC. Teknik ini juga membantu pakar dalam meningkatkan lagi jualan produk mereka.
RAHSIA MENYERTAI FORUM DAN NEWSGROUP
Di ruangan forum dan newsgroup adalah tempat untuk pakar-pakar perniagaan internet menonjolkan kredibiliti dan peniagaan internet mereka. Mereka kerap mengambil bahagian dengan memberikan tip-tip percuma, perbincangan mengenai tajuk yang berkaitan dengan produk mereka dan mejawab persoalan yang menjadi masalah peserta-peserta forum.
Dengan cara demikian mereka lebih dikenali dan sentiasa menjadi tempat untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma. Di forum atau newsgroup tersebut mereka tidak sesekali mempromosikan produk mereka. Mereka hanya meninggalkan tandatangan digital pada setiap post yang dibuat di forum atau newsgroup tersebut.
Secara tidak langsung pelawat yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut siapa mereka dan apakah perniagaan mereka, pelawat tersebut akan klik link laman web mereka yang terkandung dalam tandatangan digital.
RAHSIA BLOG
Pernahkah anda melayari dan membaca blog-blog pakar-pakar perniagaan internet? Tahukah anda apakah persamaan yang terdapat di antara blog-blog mereka? Berikut adalah ciri-ciri blog mereka:
Bagi mereka menggunakan blog percuma akan menyebabkan pelawat menganggap mereka ini kurang berkredibiliti dan tidak mampu untuk menggunakan domain dan hosting berbayar.
Memang tidak dinafikan bahawa lumrah manusia sukakan yang percuma. Sifat begini telah dimanupulasikan oleh pakar untuk memancing ramai pelawat supaya sentiasa mengunjungi blog mereka iaitu dengan memberikan tip-tip percuma. Sekiranya ada produk-produk yang baru, pelawat akan mengetahuinya lebih awal daripada orang lain. Oleh itu kebarangkalian untuk mendapatkan jualan untuk produk baru adalah besar.
Maklumat yang terkandung di dalam blog mereka adalah berkaitan dengan produk yang mereka jual. Terdapat juga post yang mengandungi ulasan atau review produk mereka. Sebelum pelawat membaca surat jualan, mereka telah didedahkan dahulu dengan maklumat produk di blog. Oleh yang demikian pelawat yang membaca web jualan anda adalah pelawat yang benar-benar berminat dan berpotensi untuk membeli produk.
Blog pakar-pakar perniagaan internet mempunyai kadar trafik yang tinggi. Ini adalah disebabkan blog mereka telah dikenali dan terletak dikedudukan yang baik di enjin carian. Kebanyakan pelawat adalah pelawat berulang yang sentiasa menunggu untuk membaca post-post terbaru. Semakin ramai pelawat di blog akan menyebabkan semakin ramai pelawat yang akan mengunjungi web jualan mereka
Link jualan diletakkan di blog bertujuan untuk mendorong pelawat yang membaca blog supaya mengunjungi juga web jualan mereka. Semakin ramai pelawat di blog, maka semakin ramai pengunjung web jualan mereka. Seterusnya, apabila ramai pengunjung web jualan maka semakin banyak jualan dihasilkan.
Blog mereka merupakan blog mesra search engine di mana kod html blog telah diubahsuai dan telah menjalani proses SEO. Oleh keana blog mereka mempunyai jumlah kunjungan pelawat yang tinggi, secara tidak langsung blog tersebut juga mempunyai page rank yang tinggi.
Atas faktor tersebut blog mereka telah diletakkan dikedudukan yang baik pada enjin carian. Kedudukan yang baik di search engine akan menarik pelawat baru ke blog mereka.
Blog mereka juga menawarkan produk percuma untuk pelawat mereka. Biasanya produk percuma tersebut berupa produk digital seperti e-book. Pelawat dikehendaki mengisi borang opt-in, dengan memberikan email sebelum menerima produk percuma tersebut.
Dengan cara demikian mereka akan dapat menambahkan lagi senarai mailing list. Mailing list adalah penting untuk perniagaan internet kerana tanpa mailing list perniagaan internet ibarat kedai yang tiada pengunjung apatah lagi pelanggan.
Terdapat juga iklan-iklan seperti baner yang dilinkkan ke blog dan web jualan pakar-pakar perniagaan internet yang lain. Iklan tersebut juga berkaitan dengan tema blog mereka. Faedah yang mereka dapat daripada iklan tersebut adalah:
- Link dengan blog atau laman web lain akan memberikan kesan yang baik terhadap kedudukan blog tersebut di search engine.
- Dengan iklan tersebut mereka juga dapat menjana pendapatan kerana link iklan itu adalah link affiliate. Mereka akan mendapat komisyen daripada hasil jualan produk pakar yang lain melalui link affiliate tersebut.
Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini link dengan blog atau laman web lain akan memberikan kesan yang baik terhadap kedudukan blog tersebut di search engine.
Dengan kesemua ciri-ciri tersebut blog mereka akan menjadi tumpuan ramai pengunjung yang ingin mendapatkan maklumat segera. Daripada ribuan pengunjung tersebut pastinya ramai juga yang klik pada link laman web jualan pakar yang diletakkan diblog.
Jika pengunjung telah tertarik dengan kandungan blog mereka, kenapa tidak ia tertarik dengan produk yang mereka tawarkan. Secara tidak langsung blog juga membantu mengekalkan produk mereka sentiasa laris di pasaran.
18 August, 2009, 3:15 pm oleh (0) Komen

MENGENALPASTI NAMA DOMAIN YANG SESUAI
Domain adalah tanda perniagaan internet anda. Ia juga diibaratkan sebagai nama kedai atau syarikat perniagaan. Dalam strategi pemasaran, nama domain perlu disesuaikan dengan tema perniagaan. Sebagai contoh jika produk yang dijual adalah e-book bertajuk Rahsia Awet muda, maka nama domain yang sesuai adalah seperti rahsia-awet-muda.com atau awet-muda.com.
Nama domain sedemikian menjadi pilihan pakar kerana nama domain yang mengandungi keyword sebegini biasanya menjadi pilihan search engine untuk segera diindeks dan meletakkan laman web tersebut di enjin carian. Ini akan menjadikan laman web jualan mereka mudah dijumpai pelawat.
Sambungan domain seperti .com, .my, .net dan sebagainya juga memainkan peranan dalam strategi pemasaran. Menggunakan sambungan domain yang popular seperti .com akan menjadikana perniagaan mereka kelihatan lebih berkredibiliti dan profisional.
MEMILIH PENYEDIA HOSTING
Pakar-pakar perniagaan internet memilih penyedia web hosting yang memenuhi kreteria untuk menjalankan perniagaan internet. Perkara utama yang dititikberatkan adalah prestasi penyedia web hosting tersebut. Mereka akan memilih penyedia web hosting yang berupaya beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu tanpa masalah.
Sekiranya web hosting gagal beroperasi walaupun seminit, ia merupakan kerugian besar bagi mereka kerana dalam tempoh seminit mereka telah kehilangan ramai pelanggan. Mereka akan berpindah ke penyedia web hosting yang lain sekiranya prestasi web hosting yang digunakan tidak memuaskan.
MELANTIK AJEN JUALAN
Untuk meluaskan lagi rangkaian pemasaran pakar-pakar perniagaan internet akan melantik beberapa ajen jualan yang berpotensi untuk memasarkan produk mereka di internet. Terdapat juga pakar yang membuka peluang kepada pelawat web jualan mereka menjadi ajen jualan mereka. Ajen jualan ini dipanggil ahli affiliate. Ahli affiliate ini akan menerima komisyen atas jualan mereka.
Sistem affiliate adalah sistem yang memudahkan untuk menguruskan agen-agen jualan terutamanya untuk memantau jualan yang dihasilkan oleh mereka dan memudahkan untuk membayar komisyen. Segala rekod seperti butiran ahli affiliate, jualan yang dihasilkan dan komisyen yang akan diterima disimpan di database sistem affiliate. Ahli affiliate juga boleh menyemak akaun mereka untuk menyemak jualan mereka dan juga mendapatkan alat bantuan promosi seperti link affiliate, banner dan sebagainya.
MENDAPATKAN KERJASAMA RAKAN PERNIAGAAN
Rahsia pemasaran seterusnya adalah mendapatkan bantuan rakan perniagaan atau seringkali disebut joint venture atau ringkasnya rakan JV. Pakar perniagaan internet akan mendapatkan kerjasama rakan JV untuk mempercepatkan proses sesebuah projek mereka. Ini adalah kerana pakar internet tidak semestinya pakar dalam semua hal. Contohnya mereka menggunakan khidmat rakan JV untuk menyediakan design laman web jualan mereka.
Selain daripada itu mereka juga mendapatkan bantuan rakan JV untuk mempromosikan produk mereka. Kebiasaannya rakan JV mereka mempunyai senarai email yang besar dan pembaca blog mereka yang ramai. Rakan JV akan mempromosikan produk pakar tersebut kepada senarai email dan pembaca blog mereka. Secara tidak langsung rakan JV akan membantu pakar melariskan jualan produk mereka. Rakan JV juga akan mendapat faedah dengan menerima komisyen hasil jualan produk pakar tersebut.
MERANGKA PRA PELANCARAN DAN PELANCARAN PRODUK
Pengeluar kereta seperti proton akan melakukan pra pelancaran model terbarunya sebelum melakukan pelancaran. Semasa pra pelancaran anda akan diberikan serba sedikit mengenai kehebatan kereta tersebut. Ramai tertunggu-tunggu, bila kereta tersebut akan dilancarkan. Apabila tiba dihari pelancaran ramai berpusu-pusu untuk menempah kereta tersebut.
Begitu juga dengan perniagaan internet, pakar-pakar perniagaan internet akan melakukan pra pelancaran dahulu sebelum pelancaran. Semasa tempoh pra pelancaran mereka akan mula mengumpul seberapa ramai prospek (mailing list) dengan menggunakan sistem autoresponder yang dipasang di web pra pra pelancaran.
Rakan JV mereka juga akan menghebahkan kepada pembaca blog dan juga mailing list mereka Dalam tempoh pra pelancaran ini, prospek akan tertunggu-tunggu, bila produk tersebut akan dilancarkan. Apabila tiba masa pelancaran, prospek sudah cukup bersedia untuk membeli produk mereka. Bukan itu sahaja, prospek akan rasa terpukau bila membaca web jualan yang dipersembahkan. Akibatnya pada hari pelancaran, jualan produk akan mencatatkan jualan tertinggi.
MERANGKA BACK END SELLING
Secara umumnya menjual produk back end selling boleh dibahagikan kepada beberapa keadaan;
Contohnya seseorang pelawat membaca kandungan web jualan anda tetapi kurang berminat untuk membeli. Pelawat tersebut mengisikan borang opt-in dengan memberikan email mereka dengan tujuan untuk mendapatkan preview percuma produk anda.
Selang beberapa hari pelawat tersebut meneliti produk percuma tersebut tetapi masih belum berminat untuk membeli. Setelah anda menghantar beberapa mesej follow up akhirnya pelawat tersebut tertarik dengan produk anda dan membelinya. Jualan ini dipanggil back end selling.
Contohnya seseorang pelawat telah berminat dengan produk yang ditawarkan dan terus klik pada button order now. Pelawat tersebut akan di bawa ke page order di mana sebelum membuat bayaran pelawat tersebut telah ditawarkan untuk membeli produk kedua dengan harga istemewa.
Di page order tersebut diterangkan bahawa harga istemewa yang ditawarkan ke atas produk kedua hanya sekiranya pelawat membeli bersama sama produk pertama. Produk kedua ini di panggil produk back end selling.
Contohnya pelawat telah membeli produk yang telah ditawarkan dan ketika penghantaran produk, pelawat tersebut telah diberikan katalog untuk pelawat memilih dan membeli produk lain yang ditawarkan. Sekiranya pelawat tersebut berminat dengan produk yang dipamerkan di katalog, pelawat tersebut akan membeli untuk kali kedua. Jualan kali kedua ini juga disebut back end selling
Contohnya seperti si A telah membeli produk anda dan berpuashati dengan produk yang anda tawarkan. Si A telah mengesyorkan kepada si B supaya membeli produk tersebut. Akhirnya si B juga membeli produk yang ditawarkan. Jualan tersebut juga disebut back end selling.
Keempat-empat teknik tersebut adalah salah satu rahsia pakar perniagaan internet memaksimumkan jualan produk mereka. Bukan sahaja produk mereka laris bahkan mendapat keuntungan daripada penjualan produk back end selling.