
Menghasilkan e-book yang bermutu adalah impian semua. Tidak cukup dengan daya kreativiti dan idea yang melambak-lambak, anda perlulah ada skil, panduan dan kaedah-kaedah yang perlu diikuti. Di sini dihuraikan satu persatu rahsia bagaimana penulis-penulis e-book menghasilkan e-book yang bermutu dan meletup dipasaran internet.
MENGENALPASTI TEMA E-BOOK
E-book yang bermutu tinggi adalah e-book yang mengandungi informasi yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pembaca. Oleh itu sebagai langkah permulaan, anda perlu mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh target market anda. Masalah tersebut akan diolah untuk dijadikan tema E-Book anda.
Pastikan masalah yang dikenalpasti mempunyai penyelesaiannya dan anda mempunyai sumber untuk mendapatkan maklumat penyelesaian tersebut. Idea penyelesaian masalah yang telah dikenalpasti boleh diperolehi melalui berbagai teknik. Di antaranya adalah;
Dalam kehidupan seharian samada anda sendiri atau orang lain di sekeliling anda tidak lari daripada mengalami masalah. Contohnya, semasa berlaku kenaikkan harga minyak yang tinggi menyebabkan semua pengguna kenderaan bermotor mengeluh kerana terpaksa menanggung kos yang bertambah untuk perbelanjaan bahanapi kenderaan mereka.
Dari keluhan tersebut anda boleh cuba memikirkan, bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Anda juga boleh menjadikan masalah ini untuk mencipta tema e-book anda seperti ‘Bagaimana Menjimatkan Minyak’.
Di Yahoo Answer anda boleh mendapat idea untuk mengenalpasti masalah-masalah yang paling popular. Ini adalah kerana Yahoo Answer adalah ruangan untuk mengutarakan berbagai kategori persoalan dari pengguna Yahoo di seluruh dunia. Anda boleh memilih masalah yang paling banyak diutarakan di ruangan ini sebagai tema e-book anda.
Kunjungi forum-forum yang berkaitan dengan golongan sasaran pasaran anda. Contohnya jika golongan sasaran adalah pengguna dan peminat komputer di Malaysia, anda boleh mengunjungi ruangan forum www.putera.com dan sekiranya sasaran pasaran anda adalah golongan yang akan dan telah menceburi perniagaan internet, forum yang sesuai dikunjungi adalah www.wangcyber.com.
Cari masalah yang kerap menjadi persoalan dan perbincangan di forum tersebut. Contohnya jika di www.putera.com paling kerap membincangkan persoalan seperti masalah penggunaan Sistem Operasi Window Vista, anda boleh memilih ‘Bagaimana Menggunakan Window Vista’ sebagai tema e-book anda.
Sekiranya anda mempunyai blog sendiri, anda boleh menjalankan undian di blog anda. Contohnya anda membuat undian dengan memberikan satu soalan kepada pelawat blog anda seperti;
Apakah masalah yang kerap di hadapi untuk memulakan perniagaan anda?’.
(a) Tidak tahu membina laman web
(b) Tidak tahu memasang sistem bayaran, affiliate dan autoresponder
(c) Tidak tahu mempromosi
(d) Tidak tahu semua perkara di atas.Sekiranya keputusan undian tersebut adalah (a), anda boleh menjadikan ‘Bagaimana membina laman web untuk perniagaan internet’ sebagai tema projek e-book anda.
Langkah seterusnya, cuba dapatkan seberapa banyak tema yang sesuai menggunakan teknik-teknik seperti yang telah dihuraikan di atas dan jangan lupa senaraikan keputusannya.
ANALISA SENARAI TEMA E-BOOK
Daripada tema yang telah anda senaraikan, hanya satu tema yang perlu anda pilih untuk dijadikan tema e-book anda. Untuk membuat pilihan anda perlu membuat analisa terhadap senarai tema. Tema yang dipilih mestilah tema yang mempunyai jumlah carian yang banyak dan kurang persaingannya di enjin carian.
Jumlah carian boleh dikenalpasti dengan menggunakan perkhidmatan percuma di laman web seperti https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal. Seterusnya dapatkan data jumlah laman web atau saingan untuk keyword tersebut. Data persaingan enjin carian google boleh diperolehi daripada search engine seperti www.google.com.
Buat kiraan dengan menggunakan formula Keyword Effectiveness Index (KEI). Formula kiraan tersebut adalah sebagaimana berikut;
di mana
P = populariti iaitu jumlah carian yang di buat pelawat menggunakan keyword yang
anda pilih dan
C = competitor iaitu jumlah laman web yang terhasil daripada carian menggunakan
keyword tersebut.
Contoh kiraan.
Katakan nilai untuk keyword ‘perniagaan internet’, P = 2,900 dan C = 698,000
KEI keyword ‘perniagaan internet’ = P² /C
= 2,900² /698,000
= 12.04
Ulangi analisa ini untuk kesemua tema-tema yang telah disenaraikan dan dapatkan hasil kiran KEI. Langkah terakhir analisa ini adalah membandingkan nilai KEI untuk kesemua tema yang telah disenaraikan. Tema yang mempunyai nilai KEI yang paling besar adalah tema yang paling sesuai untuk dipilih kerana mempunyai jumlah carian yang banyak dan mempunyai kurang persaingnnya.