ARB Dagang.Com
Pengedar Produk Digital Terpilih

E-Dagang

19 August, 2009 oleh admin Kategori :
E-Dagang
(0) komen

Merangka Teknik Pemasaran Bhg.3

 teknik-Pasaran-H1N1

Anda baru sahaja diterangkan dengan rahsia teknik pemasaran mereka yang hebat dan berkesan. Seterusnya anda akan didedahkan bagaimana mereka mengekalkan produk mereka sentiasa laris walaupun telah lama dilancarkan.

RAHSIA SEARCH ENGINE

Search engine digunakan secara meluas oleh pengguna internet untuk mencari laman web yang berkaitan dengan maklumat yang dikehendaki. Kepentingan search engine tersebut digunakan sebaiknya oleh pakar perniagaan internet untuk melariskan jualan mereka. Mereka melakukan beberapa pengubahsuaian terhadap kod html dan kandungan laman web mereka supaya laman web tersebut mudah diindeks dan ditempatkan di kedudukan yang baik pada search engine. Proses pengubahsuaian tersebut dinamakan proses search engine optimization atau ringkasnya SEO.

Apabila laman web mereka diletakkan di kedudukan yang baik di enjin carian, laman web mereka akan mudah dijumpai oleh ramai pelawat. Dengan itu peluang untuk membuat jualan juga besar.

RAHSIA SEARCH ENGINE PAY PER CLICK

Selain daripada kaedah SEO, pakar juga menggunakan khidmat search engine pay per click untuk mendapatkan ramai pelawat mengunjungi laman web mereka dengan kaedah segera. Kaedah ini memerlukan mereka menyediakan keyword yang berkaitan dengan produk yang ditawarkan.

Mereka kemudiannya dikehendaki membida harga tertentu untuk membolehkan laman web mereka disenaraikan di enjin carian penyedia PPC. Mereka akan dikehendaki membayar harga bidaan tersebut mengikut jumlah pelawat yang mengunjungi laman web mereka kepada PPC. Teknik ini juga membantu pakar dalam meningkatkan lagi jualan produk mereka.

RAHSIA MENYERTAI FORUM DAN NEWSGROUP

Di ruangan forum dan newsgroup adalah tempat untuk pakar-pakar perniagaan internet menonjolkan kredibiliti dan peniagaan internet mereka. Mereka kerap mengambil bahagian dengan memberikan tip-tip percuma, perbincangan mengenai tajuk yang berkaitan dengan produk mereka dan mejawab persoalan yang menjadi masalah peserta-peserta forum.

Dengan cara demikian mereka lebih dikenali dan sentiasa menjadi tempat untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma. Di forum atau newsgroup tersebut mereka tidak sesekali mempromosikan produk mereka. Mereka hanya meninggalkan tandatangan digital pada setiap post yang dibuat di forum atau newsgroup tersebut.

Secara tidak langsung pelawat yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut siapa mereka dan apakah perniagaan mereka, pelawat tersebut akan klik link laman web mereka yang terkandung dalam tandatangan digital.

RAHSIA BLOG

Pernahkah anda melayari dan membaca blog-blog pakar-pakar perniagaan internet? Tahukah anda apakah persamaan yang terdapat di antara blog-blog mereka? Berikut adalah ciri-ciri blog mereka:

  • Alamat URL menggunakan domain dan hosting berbayar.

Bagi mereka menggunakan blog percuma akan menyebabkan pelawat menganggap mereka ini kurang berkredibiliti dan tidak mampu untuk menggunakan domain dan hosting berbayar.

  • Mengandungi tip-tip percuma.

Memang tidak dinafikan bahawa lumrah manusia sukakan yang percuma. Sifat begini telah dimanupulasikan oleh pakar untuk memancing ramai pelawat supaya sentiasa mengunjungi blog mereka iaitu dengan memberikan tip-tip percuma. Sekiranya ada produk-produk yang baru, pelawat akan mengetahuinya lebih awal daripada orang lain. Oleh itu kebarangkalian untuk mendapatkan jualan untuk produk baru adalah besar.

  • Maklumat yang ada kaitan dengan produk yang dijual

Maklumat yang terkandung di dalam blog mereka adalah berkaitan dengan produk yang mereka jual. Terdapat juga post yang mengandungi ulasan atau review produk mereka. Sebelum pelawat membaca surat jualan, mereka telah didedahkan dahulu dengan maklumat produk di blog. Oleh yang demikian pelawat yang membaca web jualan anda adalah pelawat yang benar-benar berminat dan berpotensi untuk membeli produk.

  • Pengunjung yang ramai

Blog pakar-pakar perniagaan internet mempunyai kadar trafik yang tinggi. Ini adalah disebabkan blog mereka telah dikenali dan terletak dikedudukan yang baik di enjin carian. Kebanyakan pelawat adalah pelawat berulang yang sentiasa menunggu untuk membaca post-post terbaru. Semakin ramai pelawat di blog akan menyebabkan semakin ramai pelawat yang akan mengunjungi web jualan mereka

  • Mempunyai link ke web jualan

Link jualan diletakkan di blog bertujuan untuk mendorong pelawat yang membaca blog supaya mengunjungi juga web jualan mereka. Semakin ramai pelawat di blog, maka semakin ramai pengunjung web jualan mereka. Seterusnya, apabila ramai pengunjung web jualan maka semakin banyak jualan dihasilkan.

  • Di senaraikan di kedudukan yang baik pada enjin carian

Blog mereka merupakan blog mesra search engine di mana kod html blog telah diubahsuai dan telah menjalani proses SEO. Oleh keana blog mereka mempunyai jumlah kunjungan pelawat yang tinggi, secara tidak langsung blog tersebut juga mempunyai page rank yang tinggi.

Atas faktor tersebut blog mereka telah diletakkan dikedudukan yang baik pada enjin carian. Kedudukan yang baik di search engine akan menarik pelawat baru ke blog mereka.

  • Menawarkan produk percuma

Blog mereka juga menawarkan produk percuma untuk pelawat mereka. Biasanya produk percuma tersebut berupa produk digital seperti e-book. Pelawat dikehendaki mengisi borang opt-in, dengan memberikan email sebelum menerima produk percuma tersebut.

Dengan cara demikian mereka akan dapat menambahkan lagi senarai mailing list. Mailing list adalah penting untuk perniagaan internet kerana tanpa mailing list perniagaan internet ibarat kedai yang tiada pengunjung apatah lagi pelanggan.

  • Iklan laman web pakar-pakar lain yang mempunyai kaitan dengan tema blog mereka.

Terdapat juga iklan-iklan seperti baner yang dilinkkan ke blog dan web jualan pakar-pakar perniagaan internet yang lain. Iklan tersebut juga berkaitan dengan tema blog mereka. Faedah yang mereka dapat daripada iklan tersebut adalah:

  1. Link dengan blog atau laman web lain akan memberikan kesan yang baik terhadap kedudukan blog tersebut di search engine.
  2. Dengan iklan tersebut mereka juga dapat menjana pendapatan kerana link iklan itu adalah link affiliate. Mereka akan mendapat komisyen daripada hasil jualan produk pakar yang lain melalui link affiliate tersebut.
  • Link ke blog pakar-pakar yang lain

Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini link dengan blog atau laman web lain akan memberikan kesan yang baik terhadap kedudukan blog tersebut di search engine.

Dengan kesemua ciri-ciri tersebut blog mereka akan menjadi tumpuan ramai pengunjung yang ingin mendapatkan maklumat segera. Daripada ribuan pengunjung tersebut pastinya ramai juga yang klik pada link laman web jualan pakar yang diletakkan diblog.

Jika pengunjung telah tertarik dengan kandungan blog mereka, kenapa tidak ia tertarik dengan produk yang mereka tawarkan. Secara tidak langsung blog juga membantu mengekalkan produk mereka sentiasa laris di pasaran.

Page 4 of 30« First...«23456»...Last »
Recent Comments
    • admin: betul tu. Itulah sebaik-baiknya....
    • kak nor: kita kena betul2 kenal siapa si-penulis e-book dan tengok ju...
    • Mary Nyangoh: Belum ada komen, kerana belum menyertainya...
    • Mary Nyangoh: Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai E-Dagang...
    • Fione Tan: Terima kasih kerana memperkenalkan saya.... Informasi ar...
goStreamyx.com