ARB Dagang.Com
Pengedar Produk Digital Terpilih

Traffic

9 July, 2008 oleh admin Kategori :
Traffic
(1) komen

Populariti blog chedet.com

Blog chedet.com adalag blog kepunyaan mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir. ia boleh dilayari di www.chedet.com. Blog ini baru sahaja berusia beberapa bulan (post pertama pada bulan mei 2008)tetapi mempunyai jumlah pengunjung yang diluar jangkaan. Pada hari post ini ditulis iaitu 9 Julai 2008 jam 3.05 petang, jumlah pengunjung yang dicatatkan di blog tersebut adalah seramai 3,331,958 orang. ini menunjukkan purata pengunjung sebulan adalah lebih kurang sejuta lebih.

header chedet

Apa yang hendak saya katakan di sini adalah bukan mengenai isi kandungannya tetapi mengenai keyword “populariti blog chedet” yang mempunyai 638 laman web jika kita menggunakan enjin carian google. Cuba anda gunakan keyword populariti blog chedet untuk membuat carian di enjin carian google. Cuba lihat url blog ini yang menggunakan keyword tersebut sebagai tajuk post ini. Diharap kedudukan url blog ini di kedudukan yang agak baik….InsyaAllah.

Sekiranya keputusannya positif, teori yang saya belajar adalah benar. Teori yang saya belajar adalah menggunakan keyword yang kurang saingan tetapi mempunyai ramai yang menggunakan keyword tersebut di enjin carian Google. Dimanakah saya belajar teori ini ? Jawapannya, saya belajar daripada produk percuma iaitu e-book  sebagaimana di bawah. Anda boleh dapatkannya dengan mengklik imej e-book ini. Anda akan di bawa ke halaman download e-book ini. 
 

Walaupun e-book ini percuma tetapi banyak kandungannya yang berguna terutamanya mengenai petua mencari keyword yang baik supaya blog anda di kedudukan yang baik di search engine Google.

Untuk anda yang sedang tercari-cari panduan membina blog percuma, ini adalah e-book yang sesuai kerana e-book ini juga ada menerangkan langkah demi langkah membina blog percuma.

Sekiranya anda telah ada blog, anda boleh teruskan membaca e-book percuma ini untuk mendapatkan ilmu, bagaimana untuk menghasilkan pendapatan di blog anda.

Sebelum anda terlupa, mencuba keyword populariti blog chedet  di enjin carian Google. Kalau positif Alhamdulillah dan kalau negatif lupakan mendownload e-book percuma ini.

Faedah Bertukar Link

Bertukar link adalah satu kaedah di mana anda meletakkan link url website orang lain di website anda dan pemlik website tersebut meletakkan link url website anda di website mereka. Kaedah ini telah dikenalpasti sebagai satu cara untuk menarik perhatian enjin pencari seperti Google untuk menilai dan mengindeks sesebuah website supaya diletakkan di kedudukan yang baik di enjin cariannya.

Sebagai contoh anda boleh bertukar link dengan blog ini dengan klik menu BERTUKAR LINK atau klik di sini

Diantara cara lain yang dapat menarik perhatian enjin carian Google adalah dengan memberikan komen di post blog orang lain. Anda juga boleh meletakkan kod <a href=” URL Website Anda”>Pengenalan Ringkas Diri Anda</a> di akhir komen anda. Kaedah ini juga akan menarik perhatian pengunjung blog tersebut untuk berkunjung ke website anda.

Sekian, selamat menuba.

Page 1 of 212»
Recent Comments
    • admin: betul tu. Itulah sebaik-baiknya....
    • kak nor: kita kena betul2 kenal siapa si-penulis e-book dan tengok ju...
    • Mary Nyangoh: Belum ada komen, kerana belum menyertainya...
    • Mary Nyangoh: Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai E-Dagang...
    • Fione Tan: Terima kasih kerana memperkenalkan saya.... Informasi ar...
goStreamyx.com