
Web hosting adalah tempat untuk meletakkan domain supaya laman web dengan nama domain tersebut dapat di layari di internet. Dalam perniagaan internet, web hosting diibaratkan sebagai tapak perniagaan di internet. Terdapat tiga jenis web hosting iaitu ;
Terdapat banyak di internet yang menawarkan perkhidmatan hosting percuma. Contoh penyedia hosting percuma adalah seperti tripod.com, geocities.com dan banyak lagi. Apabila anda menggunakan penyedia hosting ini contohnya tripod, nama domain anda akan disambungkan dengan nama .tripod.com. Contohnya jika nama domain anda adalah apakejadah maka laman web anda menjadi www.apakejadah.tripod.com.
Untuk tujuan perniagaan internet adalah dicadangkan tidak menggunakan khidmat penyedia web hosting percuma kerana:
- Nama domain anda akan menjadi subdomain dan tepaksa menggunakan sambungan seperti tripod.com. Ini menunjukkan perniagaan anda nampak tidak bersungguh-sungguh dan tidak serius kerana menggunakan perkhidmatan yang percuma.
- Penggunaan perkhidmatan percuma untuk menjalankan perniagaan menyebabkan pelanggan beranggapan perniagaan tersebut tidak mendapat sambutan dan tidak mempunyai cukup modal untuk menggunakan hosting berbayar.
- Terpaksa meletakkan baner dan iklan-iklan yang boleh mengalih perhatian pelawat daripada melihat kandungan laman web anda. Jika pelawat tertarik dengan baner dan iklan-iklan yang dipaparkan, pelawat akan klik pada baner tersebut dan akhirnya meninggalkan laman web anda untuk melihat laman web pengiklan. Akhirnya laman web anda hanya dijadikan sebagai batu loncatan untuk ke laman web pengiklan sahaja.
Untuk memiliki dedicated hosting memerlukan kos yang tinggi dan penyelengaraannya memerlukan kepakaran. Pemilik web hosting perlu mempunyai kelengkapan web hostingnya sendiri iaitu seperti pelayan pengkalan data, firewal, sewaan bandwith internet, perisian Windows server dan Linux.
Nama kelengkapannya sahaja telah melambangkan harganya yang mahal. Ia tidak sesuai untuk anda yang mempunyai modal kecil dan baru berjinak-jinak dalam perniagaan internet. Ia sesuai untuk syarikat-syarikat gergasi atau perniagaan berskala besar yang mempunyai kepakaran dan mempunyai capaian trafik yang terlalu tinggi.
Web hosting berbayar memerlukan anda membayar kepada penyedia web hosting. Bayaran adalah untuk membeli nama domain pilihan anda dan sewaan web hosting. Saiz web hosting adalah mengikut keperluan laman web.
Sekiranya laman web anda terlalu kompleks dan ramai pengunjung yang mana memerlukan anda menyimpan pelbagai data pelangggan maka saiz web hostingnya memerlukan saiz yang besar. Anda hanya memerlukan saiz web hosting yang kecil sekiranya anda bercadang untuk membangunkan sebuah mini site untuk menjual sebuah e-book sahaja. Kelebihan menggunakan web hosting berbayar adalah seperti berikut;
- Perniagaan anda nampak profisional, tidak perlu menyambungkan nama domain dengan nama domain penyedia web hosting.
- Mempunyai ruang web hosting sendiri sebagaimana di kehendaki.
- Bebas menentukan konfigurasi laman web mengikut kehendak anda kerana anda akan diberikan akses kepada Control Panel web hosting tersebut.
Semua syarikat penyedia web hosting berbayar kebanyakkannya membolehkan pemilik mendaftar nama domain secara percuma mengikut pakej. Perkhidmatan ini memudahkan pemilik kerana tidak perlu membeli nama domain di syarikat lain dan kemudiannya memindahkannya ke syarikat web hostingyang lain.
MEMILIH PENYEDIA WEB HOSTING
Web hosting yang sesuai untuk menjalankan aktiviti pemasaran di internet ialah web hosting berbayar. Banyak penyedia web hosting berbayar menyediakan pakej web hosting mengikut saiz dan sokongan teknikalnya. Sebelum mendaftarkan domain dan web hosting, terlebih dahulu kenalpasti dahulu ciri-ciri web hosting berbayar yang sesuai untuk perniagaan anda. Ciri- ciri web hosting yang sesuai untuk memulakan pemasaran di internet.
Untuk mendaftar domain dan web hosting, anda perlulah mencari dan memilih syarikat penyedia web hosting di laman web. Syarikat penyedia web hosting juga menyediakan kemudahan untuk mendaftar domain. Anda disyorkan supaya memilih syarikat penyedia web hosting tempatan sekiranya pasaran anda adalah untuk pasaran tempatan. Sekiranya anda menggunakan penyedia web hosting luar negara ia akan mempengaruhi kelajuan untuk mengakses laman web anda.
Jika pasaran anda adalah untuk pasaran luar, contohnya seperti Amerika Syarikat, maka anda digalakkan menggunakan khidmat web hosting dari negara tersebut supaya pelawat di sana mudah untuk mengakses laman web anda.
Kebaikan menggunakan khidmat penyedia web hosting tempatan