Domain adalah nama atau identiti untuk laman web. Di dalam perniagaan e-dagang, domain boleh diibaratkan sebagai nama perniagaan atau jenama perniagaan. Untuk memudahkan anda memahami apa itu domain, lihat contoh di bawah.
Dari sudut pemasaran di internet, nama domain diibaratkan sebagai nama perniagaan atau trade mark perniagaan. Ia boleh juga disebut sebagai jenama sesebuah perniagaan internet.
MENENTUKAN NAMA DOMAIN
Terdapat beberapa cara untuk menentukan nama domain supaya nama domain yang dipilih itu benar-benar sesuai untuk perniagaan anda dan mudah di cari serta mudah di jumpai pelayar internet. Terdapat beberapa kaedah dan kriteria yang dikenalpasti dapat membantu untuk menentukan nama domain iaitu;
Yang dimaksudkan sambungan nama domain ialah seperti .com, .com.my, .net, .org dan sebagainya. Sambungan .com adalah sambungan yang paling popular digunakan. Terdapat sambungan yang mempunyai ciri-ciri imej negara seperti di Malaysia, sambungan yang popular adalah .com.my. Contohnya jika nama domain anda adalah malaysiaroadatlas, maka sambungan yang sesuai adalah malaysiaroadatlas.com.my.
Nama domain dengan nama yang pendek dan ringkas selalunya mudah diingati pelanggan. Jika nama domain terlalu panjang, kemungkinan besar pengunjung akan selalu tersilap ejaan ketika mengakses laman web anda.
Satu huruf sahaja akan memberi kesan besar kepada pengunjung kerana akan menyebabkan pelawat tersasar ke laman web lain. Sebagai contoh nama domain yang ringkas adalah ebay.com iaitu sebuah laman web lelong popular di dunia. Tidak mungkin tersalah ejaan kerana hanya 4 abjad sahaja melainkan pengunjung memang betul-betul lupa.
Nama domain ini biasanya panjang tetapi mempunyai kelebihan di mata enjin carian kerana enjin carian akan mengindek direktori laman web yang mereka simpan berdasarkan kata kunci. Oleh itu laman web yang mempunyai nama domain sebegini mempunyai peluang dan kemungkinan besar untuk dijumpai pelawat melalui enjin pencari. Contohnya laman web www.malaysia-road-atlas.com. Nama domain malaysia-road-atlas adalah juga katakunci.
Nama domain yang deskriptif adalah nama domain yang menerangkan perniagaan yang dijalankan. Contohnya www.dodol.com , menerangkan perniagaannya adalah berkenaan dodol. Mungkin sukar untuk mendapatkan domain ini kerana telah digunakan oleh pemilik laman web lain, maka alternatifnya bolehlah disambungkan dengan perkataan lain tetapi masih menerangkan berkenaan perniagaan dodol seperti www.specialdodol.com.
Nama domain tidak sepatutnya menggunakan perkataan yang mengelirukan. Nama domain sedemikian akan menyukarkan pelawat mengingati alamat laman web anda. Contoh ketara yang biasa dilihat di laman web adalah mencampur adukkan abjad dengan huruf.
Katakan anda memilih nama domain dodol4u. Pelawat mungkin keliru kerana domain itu boleh di eja dodolforyou, dodol4you dan dodolempatu. Lain jika nama domain itu memang telah dikenali seperti www.maybank2u. Sebelum Maybank memperkenalkan perbankan internet , bank tersebut telah dikenali umum terlebih dahulu di Malaysia.
Sebelum anda mendaftarkan nama domain anda perlulah mencari beberapa nama yang sesuai dengan perniagaan anda.. Ini akan memudahkan anda semasa proses pendaftaran domain. Sekiranya nama domain anda telah digunakan oleh orang lain, anda tidak perlu lagi bersusah payah memikirkan nama domain lain.
Sekiranya nama domain anda telah digunakan oleh pengguna lain tetapi anda tetap mahu menggunakan nama domain tersebut, anda boeh mencuba dengan menggunakan nama sambungan domain yang lain seperti .com.my, .biz, .net dan sebagainya. Caj yang dikenakan untuk sambungan nama domain adalah berbeza. Walaubagaimanapun sambungan domain .com adalah yang terbaik dan paling popular digunakan dalam industri pemasaran internet.