14 August, 2009, 10:16 am oleh

Secara ringkasnya untuk membina perniagaan internet, anda hanya memerlukan 5 langkah utama sahaja iaitu;
Langkah 1: Menyediakan produk yang hendak dijual
Produk yang di jual tidak semestinya daripada produk yang anda hasilkan sendiri. Anda juga boleh menjual produk yang dihasilkan oleh orang lain. Tidak semua produk sesuai untuk dipasarkan di internet. Oleh itu anda perlu bijak memilih produk apa yang sesuai dan mendapat permintaan tinggi dipasaran internet.
Langkah 2: Membina laman web yang sesuai
Jenis laman web yang hendak dibina mestilah bersesuaian dengan produk yang hendak di jual. Contohnya jika anda ingin menjual berbagai jenis produk, laman web yang perlu anda bina mestilah jenis online store dan sekiranya hanya satu produk sahaja, anda bolehlah memilih laman web jenis mini site.
Langkah 3: Menyediakan sistem penerimaan bayaran
Kaedah sistem pembayaran perlu dipelbagaikan untuk memudahkan pelanggan membuat bayaran. Sekiranya anda hanya menyediakan kaedah bayaran menggunakan kad kredit sahaja, pelanggan yang tidak mempunyai kad kredit tidak dapat membuat bayaran untuk membeli produk anda. Faktor ini akan menyebabkan anda kehilangan pelanggan.
Langkah 4: Menyediakan sistem penghantaran produk
Sistem penghantaran menggunakan pos atau syarikat kurier diperlukan sekiranya anda menjual produk fizikal. Produk digital tidak memerlukan sistem penghantaran sedemikian kerana produk digital dihantar melalui email atau dimuat turun daripada laman web.
Langkah 5: Melakukan promosi berterusan
80 peratus daripada aktiviti perniagaan internet adalah promosi. Proses promosi perlu dibuat berterusan untuk menjamin perniagaan internet anda terus kukuh. Hasil kajian mendapati bahawa faktor utama kegagalan perniagan internet adalah tidak melakukan promosi dengan teknik yang betul.
CIRI-CIRI PERNIAGAAN INTERNET PILIHAN PAKAR
Memandangkan perniagaan ini mungkin perniagaan internet yang pertama, pastinya anda mengharapkan kejayaan. Kebanyakan mereka yang gagal kali pertama dalam perniagaan ini, tidak akan berputus asa untuk mencuba lagi. Kegagalan kali pertama pernah dialami oleh pakar-pakar perniagaan internet kerana bagi mereka kegagalan adalah menjadi guru yang paling berkesan untuk terus berjaya.
Ciri-ciri perniagaan internet yang menjadi pilihan mereka adalah
1. Mudah dan murah untuk membinanya
Mudah yang dimaksudkan ialah tidak perlu mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang perniagaan. Kos untuk membina perniagaan ini tidak memerlukan anda membuka kedai, pejabat, store untuk simpanan stok dan lain lain yang diperlukan sebagaimana perniagaan konvensional. Anda hanya perlu menggunakan keperluan asas seperti sebuah komputer dan talian internet.
2. Kos penyediaan produk yang dijual adalah paling minima tetapi laris dipasaran
Produk yang mereka jual tidak memerlukan kos yang besar untuk menyediakannya dan ada kalanya tidak memerlukan sebarang kos. Walaubagaimanapun produk tersebut mempunyai permintan yang tinggi dan laris dipasaran internet.
3. Mudah dan murah untuk menguruskannya
Pengurusannya murah kerana anda tidak perlu menggaji pekerja. Anda boleh menguruskannya seorang diri kerana hampir semua aktiviti perniagaan beroperasi secara automatik, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Terima kasih atas perkongsian ini, sangat berguna…theme blog ini sangat kemas dan cantik…tahniah atas pemilihan yang bijak!
Hi there,
Everything dynamic and very positively!