ARB Dagang.Com
Pengedar Produk Digital Terpilih

12
Jun

Jika kita lihat video di atas apakah bahasa yang digunakan ? Sebenarnya banyak tip-tip berguna dan tak berguna yang boleh kita dapat di You Tube. Sekiranya kita faham bahasa tersebut kita akan dapat membezakan yang mana permata dan yang mana kaca. Sekiranya permata yang kita dapat , bersinarlah nasib kita. Kalau kaca yang kita dapat kentut berdarah lah kita..ibarat kata Raja Lawak..Nabil.

Bahasa Inggeris amatlah penting, bukan sahaja di perniagaan internet bahkan di perniagaan konvensional juga. Bukannya wajib untuk pakar dalam bahasa tersebut tetapi cukup mengetahui serba sedikit dan faham bila membaca atau mendengar orang berbicara dalam bahasa tersebut. Jika anda pakar, itu adalah satu bonus.

Pernahkah anda melihat iklan News Strait Times di TV. Iklan itu lebih kurang begini.. Seorang pelancong bertanyakan kepada sekumpulan murid lelaki sekolah menengah di dalam bas. Apa yang ditanyakan adalah bagaimana hendak ke Muzium Negara. Masing-masing saling tolak menolak untuk menjawabnya..lalu seorang murid dari kumpulan tersebut menjawabnya lebih kurang begini…go straight and don’t belok-belok. Pening minah salleh tu. Mujur ada seorang murid lain yang sedang membaca akhbar berbahasa inggeris membantu minah salleh itu menunjukkan arah yang betul dan difahami minah salleh itu.

Daripada iklan tersebut saya teringat kepada e-mail yang dihantar oleh Dr Irfan Khairi kepada saya berkenaan tip belajar bahasa Inggeris. Menurut beliau, kita kena rajin membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris. Tetapi yang membuatkan orang berfikir dua tiga kali ialah, semasa membaca hendaklah di baca dengan kuat. Kalau orang dengar lagi bagus. Cara ini akan melatih otak anda memahami apa yang dibaca dan melatih mulut untuk menyebutnya dengan betul.

Cuba kaedah ini kalau tak percaya. Diharap ada cikgu Bahasa Inggeris yang sudi memberi tip-tip lain yang lebih berkesan untuk dikongsi pembaca blog ini.

Sekian Selamat Mencuba.

Kategori : E-Dagang

4 komen untuk “Bahasa Inggeris Dan Perniagaan Internet”


mus 13/06/2008

memang betul tu..bahasa inggeris merupakan bahasa yang penting untuk semua bidang termasuk perniagaan internet…

kalau teringat masa sekolah, time subjek inggeris je mesti pening kepala coz tak faham. Sekarang baru menyesal sebab tak belajar sungguh2 masa sekolah dulu..

tp wa tak kan putus asa … teruskan belajar walaupun sedikit-sedikit.

Pendapat anda saya terima 100%. Rasanya saya lagi teruk dari anda.

taukey 13/06/2008

hmmm baha english memang penting sebab merupakan bahasa global. hehehe. cuma beberapa buah negara sahaja yang tidak menitikberatkan bahasa english seperti Jepun kerana mereka mampu berbuat demikian.

Best juga belajar bahasa selain bahasa malaysia dan inggeris nih. hehehe. macam bahasa mandarin ke, sepanyol, .

titan 03/07/2008

its more better if we know any english word and try to earn money than some people who love rape others girls..



Recent Comments
    • admin: betul tu. Itulah sebaik-baiknya....
    • kak nor: kita kena betul2 kenal siapa si-penulis e-book dan tengok ju...
    • Mary Nyangoh: Belum ada komen, kerana belum menyertainya...
    • Mary Nyangoh: Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai E-Dagang...
    • Fione Tan: Terima kasih kerana memperkenalkan saya.... Informasi ar...
goStreamyx.com