8 August, 2009, 9:49 am oleh
Mini Site

Jenis laman web ini paling sesuai untuk memasarkan satu produk sahaja. Laman web mini biasanya mengandungi satu muka surat sahaja. Mini Site juga disebut Sales Letter atau Surat Jualan. Panjang muka surat bergantung kepada isi kandungannya. Daripada kajian dan pengalaman saya, laman web jenis ini lebih berkeupayaan untuk menghasilkan jualan. Ini disebabkan tidak lain tidak bukan kerana pelawat mudah untuk membuat pilihan iaitu samada membeli atau tidak. Selain daripada itu laman web jenis ini mempunyai cukup ruang untuk meletakkan berbagai faedah dan maklumat produk yang ditawarkan.
Jika laman web anda mempunyai banyak mukasurat, pelawat mungkin akan rasa jemu untuk melawati setiap mukasurat dan akhirnya meninggalkan laman web anda tanpa membuat belian. Laman web jenis ini juga lazimnya dilengkapi dengan borang subscribe yang dihubungkan dengan sistem autoresponder. Terdapat juga mini site yang dihubungkan kepada sistem affiliate. Apa yang penting sekali mini site perlu mempunyai ruang untuk menerima pesanan (order) dan bayaran samada dengan cara bank in, online transfer, cek, wang pos atau menerima bayaran daripada kad kredit. Pembinaannya tidak sesukar mana kerana banyak perisian membina laman web yang mudah seperti Microsoft Frontpage, Deamwever dan NVU.
Kedai Online atau Online Store

Laman web jenis ini sesuai untuk memasarkan lebih banyak produk. Walaupun begitu anda tidak digalakkan mencampurkan berbagai kategori produk. Contohnya menjual barangan komputer bersama-sama barangan bayi. Ini adalah kerana sasaran pasaran anda bukan lagi Niche Market. Anda boleh berbuat demikian sekiranya syarikat anda telah dikenali ramai atau diri anda sendiri adalah selebriti.
Persaingan di internet untuk laman web jenis ini amat sengit. Anda perlu menjaga kualiti produk, promosi yang berterusan dan laman web perlu lebih interaktif sebagai persediaan menghadapi persaingan ini. Pembinaannya agak mudah kerana banyak perisian Shooping Cart untuk membina kedai online. Di antaranya ialah:
Zen Cart – www.zencart.com
OsCommerce – www.oscommerce.com
Cube Cart – www.cubecart.com
Quick Cart – www.quickcart.com
Agora Cart – www.agoracart.com
X Cart – www.x-cart.com
Shop-Script – www.shop-script.com
Setelah anda memasang perisian ini di web hosting anda, laman web boleh di kemaskini, diubahsuai mengikut keperluan perniagaan anda. Proses kemaskini, pengurusan pelanggan, khidmat pelanggan, pembayaran dan penghantaran boleh di kawal dengan mudah melalui sistem Control Panel perisian Shooping Cart tersebut.
Laman Lelongan

Memasarkan produk menggunakan laman lelongan adalah pilihan yang tepat untuk anda yang tidak berminat untuk menyediakan laman web perniagaan internet. Anda hanya perlu menyediakan produk dan segala kemudahan proses lelongan telah disediakan oleh pengurusan laman web lelongan.
Contoh laman web lelongan antarabangsa yang terkenal adalah seperti eBay yang boleh dilayari di www.ebay.com atau eBay Malaysia di www.ebay.com.my . Terdapat juga laman web lelongan tempatan yang popular iaitu www.lelong.com.my . Untuk ebay Malaysia, semua produk yang anda senaraikan tidak dikenakan sebarang caj. Walau apapun anda boleh membaca terlebih dahulu polisi untuk setiap laman web lelongan yang anda minati.
Ringkasan proses lelongan di eBay adalah sebagaimana berikut:
Langkah 1 : Pendaftaran di laman eBay.
Langkah 2 : Pengesahan pendaftaran
Langkah 3 : Login ke laman eBay
Langkah 4 : Menetapkan ke link akaun Paypal (sistem menerima dan membuat bayaran)
Langkah 5 : Menyenaraikan produk di laman lelongan
Langkah 6 : Menetapkan harga permulaan bidaan
Langkah 7 : Pelawat membuat bidaan
Langkah 8 : Bidaan dipersetujui
Langkah 9 : Menerima bayaran dari pelanggan
Langkah 10: Menghantar produk kepada pelanggan.
cara pemasaran yang amat berkesan
sangat bangus jika anda dapat menyenaraikan produk2 yang boleh diniagakan,dan produk apa yang paling laris.
Terima kasih atas pandangan Cik Kartini dan Zulkifli