ARB Dagang.Com
Pengedar Produk Digital Terpilih

14
Sep

Untuk menerima bayaran menggunakan kad kredit anda memerlukan pemproses kad kredit pihak ketiga. Terdapat banyak penyedia pemproses kad kredit pihak ketiga di internet. Anda perlu memilih penyedia pemproses kad kredit pihak ketiga yang sesuai untuk perniagaan e-dagang anda.

Dicadangkan anda digalakkan memilih PayPal kerana ia tidak mengenakan sebarang yuran bulanan atau harian dan sangat sesuai untuk mereka yang baru hendak memulakan pernigaan e-dagang.  Bayaran hanya dikenakan sekali sahaja semasa proses verified akaun Paypal. Bayaran tersebut hanyalah USD1.95 sahaja dan akan dikembalikan kepada anda semula selepas anda melakukan transaksi pertama. USD1.95 akan dimasukkan terus ke akaun paypal anda.

Paypal boleh diterima pakai di hampir seluruh dunia. Walaubagaimanapun hanya beberapa negara sahaja yang diterima untuk membolehkan rakyatnya mengeluarkan wang dari akaun paypal ke bank-bank tempatan negara tersebut

 

Bagi kita rakyat Malaysia memang bertuah kerana pada masa ini kita dibolehkan mengeluarkan wang daripada akaun Paypal kita ke akaun kad kredit kita. Sekatan bagi rakyat Malaysia ini berakhir pada tahun lepas.

Berikut adalah beberapa kelebihan menggunakan Paypal

  1. Proses bayaran boleh dilakukan dengan pantas dan berkesan, lebih cepat berbanding menggunakan kaedah Cek atau Wang Pos.
  2. PayPal tidak mendedahkan maklumat kewangan dan akaun Paypal anda kepada sesiapa.
  3. PayPal diterima hampir ke seluruh dunia. Paypal juga boleh digunakan untuk membuat transaksi tempatan dan luar negara.
  4. Menghantar dan menerima pembayaran dengan hanya berberapa klik sahaja.
  5. Mengetuai dalam membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatan data pelanggan.
  6. Percuma untuk menghantar wang, dan PayPal sesuai digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan.

Bayaran hanya dikenakan untuk transaksi menerima bayaran sahaja mengikut kadar sebagaimana jadual di bawah

Monthly sales        Price per transaction
$0.00 USD – $3,000.00 USD        3.4% + $0.30 USD
$3,000.01 USD – $10,000.00 USD        2.9% + $0.30 USD
$10,000.01 USD – $100,000.00 USD        2.7% + $0.30 USD
> $100,000.00 USD        2.4% + $0.30 USD

Untuk Mengetahui lebih lanjut mengenai Paypal, sila kunjungi website paypal iaitu https://www.paypal.com dan sekiranya ingin mendapatkan panduan pendaftaran dan pemasangan sistem bayaran menggunakan Paypal, anda boleh dapatakan E-Book Manual E-Dagang di http://www.arbdagang.com .

Kategori : E-Dagang / Sistem Penerimaan Bayaran

Recent Comments
    • admin: betul tu. Itulah sebaik-baiknya....
    • kak nor: kita kena betul2 kenal siapa si-penulis e-book dan tengok ju...
    • Mary Nyangoh: Belum ada komen, kerana belum menyertainya...
    • Mary Nyangoh: Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai E-Dagang...
    • Fione Tan: Terima kasih kerana memperkenalkan saya.... Informasi ar...
goStreamyx.com