ARB Dagang.Com
Pengedar Produk Digital Terpilih

15
Aug

Mengenalpasti Produk Terlaris

15 August, 2009, 9:23 am oleh admin

 produk-terlaris

Salah satu rahsia bagaimana pakar perniagaan internet mendapat keuntungan yang besar dan berterusan adalah dengan menjual produk yang diciptanya sendiri. Apa salahnya kalau kita meniru apa yang telah dilakukan oleh pakar kalau apa yang ditiru itu mendatangkan kebaikan. Sebenarnya meniru adalah salah satu cara untuk anda mendapat idea.

Mengapa pakar perniagaan internet menghasilkan sendiri produk untuk dipasarkan di internet? Dengan mempunyai produk sendiri mereka mempunyai hak kebebasan 100 peratus terhadap produk tersebut. Selain daripada itu mereka juga tidak terikat dengan apa-apa syarat semasa memasarkannya d iinternet. Mereka juga bebas untuk meletakkan harga produk.

Sebelum anda mencipta produk anda sendiri, anda perlulah mengenalpasti apakah jenis produk yang paling sesuai untuk dijadikan produk perniagaan pertama anda. Hampir semua jenis produk samada digital atau produk fizikal boleh dijual di internet. Namun begitu di antara kedua dua jenis produk tersebut, yang mana satu paling sesuai dan mempunyai ciri-ciri pilihan pakar iaitu produk yang mudah disediakan, kos penghasilannya paling minima dan mendapat permintaan yang tinggi. Sebelum itu lihat perbandingan antara produk digital dengan produk fizikal

PERBANDINGAN ANTARA PRODUK DIGITAL DENGAN PRODUK FIZIKAL

  • Produk digital tidak perlu dibungkus dan diposkan sebagaimana produk fizikal. Proses penghantaran produk digital hanya dengan cara memuat turun atau di hantar melalui e-mail sahaja.
  • Margin keuntungan produk digital boleh mencecah sehingga 100% manakala margin keuntungan untuk produk fizikal hanya sekitar 25% sahaja.
  • Proses penghasilannya hanya sekali sahaja tetapi boleh dijual berulang-ulang kali, seberapa banyak yang anda suka dan sudah tentu akan mendapat pulangan modal dan keuntungan yang mungkin lebih daripada 100%. Jika produk anda kurang jualannya, anda masih mendapat keuntungan kerana modal yang anda telah keluarkan hanya sedikit. Berbeza dengan produk fizikal, ia perlu dihasilkan berulang kali mengikut keperluan.
  • Produk fizikal memerlukan ruang untuk menyimpan stok. Produk digital hanya disimpan di web server di mana pelanggan hanya akan diberikan link untuk mendownload produk. Oleh itu anda tidak perlu menyediakan ruang untuk penyimpanan stok.
  • Anda tidak perlu risau tentang kekurangan stok kerana produk digital tak akan habis walau seramai mana pelanggan anda mendownloadnya. Berbanding dengan produk fizikal, ia boleh habis dan kebarangkalian kehabisan stok adalah tinggi.

Daripada perbandingan di atas dapat disimpulkan bahawa produk digital adalah produk yang sesuai untuk dijadikan produk perniagaan internet yang pertama. Ia tidak cerewet untuk disediakan, mudah dikendalikan dan memenuhi kehendak pilihan pakar.

Pelanggan sekarang mengharapkan produk yang di tempah dapat diterima dengan selamat dan pantas. Produk digital menepati kreteria tersebut kerana produk ini akan dihantar melalui e-mail atau dengan mendownload daripada website yang memakan masa beberapa saat untuk pelanggan menerimanya.

PRODUK DIGITAL PALING LARIS

Sekarang anda telah mengetahui bahawa produk digital adalah produk yang paling sesuai untuk anda memulakan perniagaan internet tetapi tahukah anda produk digital apakah yang paling laris dipasaran internet?. Kebanyakan pengguna internet melayari internet untuk mencari maklumat. Pencarian maklumat ini memerlukan kesabaran dan banyak masa dihabiskan semata-mata untuk mengumpulkan maklumat yang dikehendaki dari berbagai sumber laman web.

Untuk menjimatkan masa mereka lebih gemar mendapatkan maklumat dengan membeli e-book di mana pengguna akan mendapat maklumat yang diperlukan serta merta setelah proses bayaran selesai di mana cuma memakan masa beberapa saat sahaja. Atas faktor inilah membuatka e-book adalah produk digital yang terlaris dan menjadi pilihan pengguna internet untuk mendapatlan maklumat segera.

E-book boleh diumpamakan seperti sebuah buku bermaklumat dalam bentuk digital yang boleh dimuat turun di internet dan dihantar serta diterima melalui email. Biasanya e-book dihasilkan dalam fail berformat Portable Document Format (pdf) yang bleh dibaca dan disimpan di dalam storan PDF dan komputer. Perisian Adobe Acrobat Reader diperlukan untuk membaca isi kandungan e-book.

Para pedagang internet juga gemar menghasilkan e-book sebagai produk pilihan mereka untuk dipasarkan di internet. Apakah yang membuatkan mereka memilih produk e-book? Sebenarnya e-book adalah produk digital yang paling mudah untuk dihasilkan, kos pembuatannya hampir kosong tetapi margin keuntungannya hampir 100% bahkan kadangkala lebih daripada itu.

Daripada fakta-fakta serta analisa yang telah diterangkan di atas dapat disimpulkan bahawa e-book adalah produk pilihan yang akan dijadikan produk perniagaan internet pertama anda.

Kategori : E-Dagang

6 komen untuk “Mengenalpasti Produk Terlaris”


enkha 16/08/2009

Agaknya ebook VS buku betul..mana lebih baik untuk segi jangka panjang??

admin 16/08/2009

E-book lebih baik kerana kos penerbitannya sangat murah dan tidak rosak selagi tidak di delete.

sadun 16/02/2010

Saya pernah membeli sebuah e-buku berkenaan saham….tetapi hampeh tak berkualiti…..bole ler baca. So macam mana nak tentukan bahawa sesebuah e-buku itu berkualiti maklumlah penulis e-buku pun kita tak kenal sangat?

admin 16/02/2010

Apa kata kalau anda mengenali penulisnya dahulu melalui blognya. Tengok juga testimonial dari pelanggan-pelanggannya.

kak nor 02/07/2010

kita kena betul2 kenal siapa si-penulis e-book dan tengok juga latar belakang dia dan berapa banyak bilangan pelangan dan testimonial. Kadang kala si penulis tu dua kali lima macam si pembeli, ditanya soalan bertalu2 jawapan kurang memuaskan. Malah takada keyakinan langsung.

admin 05/07/2010

betul tu. Itulah sebaik-baiknya.



Recent Comments
    • admin: betul tu. Itulah sebaik-baiknya....
    • kak nor: kita kena betul2 kenal siapa si-penulis e-book dan tengok ju...
    • Mary Nyangoh: Belum ada komen, kerana belum menyertainya...
    • Mary Nyangoh: Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai E-Dagang...
    • Fione Tan: Terima kasih kerana memperkenalkan saya.... Informasi ar...
goStreamyx.com