ARB Dagang.Com
Pengedar Produk Digital Terpilih

5
Aug

 sedia-produk

Setelah anda mengenalpasti produk apa yang hendak di pasarkan di internet, sekarang apa yang perlu anda fikirkan adalah bagaimana untuk mendapatkan produk itu secara berterusan agar perniagaan anda tidak putus bekalan. Di sini diterangkan beberapa kaedah untuk menyelesaikan masalah ini.

  • Menghasilkan sendiri produk

Anda boleh menghasilkan produk anda sendiri unuk dipasarkan di internet mengikut kepakaran anda. Produk tersebut hendaklah betul-betul berkualiti agar mendapat kepercayaan berterusan daripada pelanggan. Penghasilan produk fizikal ini sesuai untuk mereka yang telah lama berkecimpung menghasilkan produk tersebut atau meminta bantuan mereka yang berpengalaman. Untuk menghasilkan produk jenis ini juga memerlukan modal yang besar seperti menyediakan pejabat, kilang dan membayar gaji pekerja. Selain daripada itu anda terpaksa berhadapan dengan risiko lambakan stok sekiranya tiada sambutan dan kemusnahan sekiranya terjadi bencana alam seperti kebakaran, banjir dan ribut taufan.

Sekiranya anda memilih menghasilkan sendiri produk jenis digital, anda tidak akan mengalami sebarang kerugian. Salah satu produk digital mudah yang dapat menghasilkan keuntungan melebihi 100 % adalah menghasilkan e-book. Produk ini hanya dihasilkan sekali sahaja tanpa risau kekurangan stok dan E-book adalah produk paling murah untuk menghasilkannya dan mudah dijual di internet. Lihatlah kejayaan Sen Ze dan Patric Chan dengan penghasilan e-booknya. E-book adalah ibarat sebuah buku yang mengandungi maklumat tetapi bukan dalam bentuk kertas. Ia adalah dalam bentuk digital yang boleh di muat turun di internet dan dihantar serta diterima melalui email. Ia juga boleh di simpan dalam hard disk komputer, cd dan lain lain storan komputer. Selain daripada teks bermaklumat e-book juga boleh dihubungkan (link) dengan fail grafik, borang, JavaScript, Video dan lain- lain interaktif. Pengguna internet yang sedang mencari maklumat di internet tidak mahu membuang masa menunggu lama untuk mendapatkan maklumat dari sesuatu sumber. Dari itu mereka lebih gemar mendapatkan maklumat dengan membeli e-book di mana pengguna akan menerima e-book serta merta setelah proses bayaran selesai di mana cuma memakan masa beberapa saat sahaja

Sebagaimana menghasilkan produk lain, menulis e-book juga memerlukan kepakaran iaitu pakar mengenai tajuk e-book yang dihasilkan dan bijak mengumpulkan dan menyusun maklumat. E-book dihasilkan dalam format Portable Document Format (pdf). Terdapat perisian mudah untuk menghasilkan e book iaitu OpenOffice.org Writer yang boleh di muat turun secara percuma di http://www.openoffice.org/. Penggunaannya mudah, hanya menaip data atau maklumat sebagaimana anda menggunakan perisian Microsoft Word. Bezanya anda boleh menukarkan format Open Document Text kepada format Portable Document Format (pdf) dengan hanya klik pada “Export as PDF” .

  • Produk daripada pengeluar tempatan.

Anda juga boleh menjual produk bermutu yang di dapati daripada pembekal atau pengeluar tempatan. Contohnya jika anda berhajat menjual buku karya penulis ternama, anda perlu mencari pengedar atau penerbit buku tersebut dan berbincang untuk mendapatkan bekalan produk dengan harga sebagai pengedar.

  • Produk Dari Syarikat MLM

Cara lain untk mendapatkan produk adalah melalui syarikat jualan langsung (MLM). Mula-mula anda perlu mendaftar dengan beberapa syarikat jualan langsung sebagai pengedar. Kebanyakan syarikat jualan langsung menjual berbagai-bagai jenis dan kategori produk. Pilih satu kategori produk daripada beberapa syarikat MLM, contohnya produk penjagaan kereta. Oleh itu pasaran anda masih berciri niche market kerana tumpuan pelanggan adalah orang yang rajin dan mengambil berat kereta mereka. Perniagaan Internet dengan memasarkan produk daripada sumber ini dapat menjana dua sumber pendapatan, iaitu keuntungan runcit hasil jualan melalui laman web dan point value (PV) daripada syarikat jualan langsung tersebut. Selain daripada itu syarikat MLM tersebut biasanya akan menawarkan kepada anda ganjaran seperti bonus, pangkat dan hadiah sebagai galakan untuk menaikkan lagi jualan

  • Produk daripada Drop Shipper

Tidak semua usahawan perniagaan internet mempunyai masa dan kepakaran untuk menghasilkan produk, menyediakan simpanan stok dan membuat penghantaran produk kepada pelanggan. Sekiranya anda adalah dalam golongan seperti yang tersebut, mendapatkan produk Drop shiper adalah pilihan yang tepat. Drop Shipper adalah pengeluar atau pembekal yang menyediakan, perkhidmatan membekal produk dan membungkus dan menghantar produk terus kepada pelanggan tanpa melalui peniaga internet. Anda tidak perlu menyimpan stok kerana proses pembungkusan dan penghantaran di buat oleh drop shipper. Sebelum menerima drop shiper yang anda pilih, anda perlu meneliti terlebih dahulu polisi mereka apabila terjadi pemulangan produk. Drop Shipper yang bertanggungjawab mesti mempunyai polisi jaminan ke atas produk itu dan mengembalikan semula wang apabila pelanggan tidak berpuas hati. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kerugian kepada anda dan pelanggan anda.

Operasi Drop Ship

Pelanggan membuat pesanan produk melalui laman web peniaga internet dan membuat bayaran di mana harga yang di bayar adalah termasuk:

  • harga barang mengikut harga sebagaimana perjanjian dengan drop shipper.
  • Belanja pos atau kos penghantaran.
  • komisyen peniaga internet (ditentukan oleh peniaga internet)

Peniaga internet menghantar maklumat pesanan pelanggan melalui e mail atau telefon kepada drop shipper. Selepas itu peniaga internet membuat bayaran kepada drop shipper mengikut pesanan pelanggan di mana kos yang perlu di bayar kepada drop shipper adalah seperti berikut:

  •  harga barang mengikut harga sebagaimana perjanjian dengan drop shipper
  • Belanja pos atau kos penghantaran

Proses seterusnya, Drop Shipper membungkus, mengepos atau menghantar produk yang di pesan kepada pelanggan peniaga internet tersebut.

Keuntungan untuk setiap produk adalah komisyen yang peniaga internet tentukan sendiri jumlahnya. Lihat pengiraan di bawah:

Katakan

 X=Harga barang mengikut harga sebagaimana perjanjian dengan drop shipper

 Y= Belanja pos atau kos penghantaran

Z= Komisyen

Maka Keuntungan =(X+Y+Z)-(X+Y)

Kelebihan Drop Ship

  1. Proses pembungkusan dan penghantaran di uruskan oleh drop shipper
  2. Tidak perlu menghasilkan produk
  3. Tidak menanggung bebanan simpanan stok jika produk tidak mendapat sambutan

Contoh laman web yang memberikan perkhidmatan untuk mencari drop shipper adalah www.worldwidebrands.com . Laman web ini adalah di antara penyedia perkhidmatan direktori drop ship yang popular.

  • Produk Reseller Right

Salah satu rahsia mendapatkan produk untuk dijual tanpa menghasilkan produk adalah menjual produk yang diperolehi melalui pembelian produk di laman web orang lain. Di internet banyak laman web yang menjual produk kepada pelanggan dan kemudian membenarkan serta memberi hak kepada pelanggan tersebut menjual semula produk itu dengan harga yang sama atau lebih tinggi daripada harga asal. Biasanya produk sebegitu adalah daripada jenis produk digital seperti e-book dan perisian komputer. Ada juga yang memberi hak untuk pelanggan meniru laman web mereka. Ini memudahkan pelanggan untuk tidak bersusah payah membina laman web. Antara laman web yang menyediakan perniagaan seperti itu adalah seperti www.ebookpublishing.com .

  • Produk Di laman lelongan

Laman web lelong yang paling popular adalah eBay. Laman web eBay Malaysia boleh dilawati di www.ebay.com.my . Berbagai kategori barang daripada serata dunia dilelong di sini. Anda boleh membeli produk yang anda minat dan menjual semula produk itu dengan harga yang lebih tinggi samada di laman web lelong itu atau di laman web anda sendiri. Cara ini juga sesuai untuk anda yang baru hendak menceburkan diri dalam perniagaan internet dan belum mempunyai laman web sendiri

  • Produk dari program affiliate

Di internet banyak laman-laman web perniagaan yang memasarkan berbagai-bagai produk menyediakan program affiliate untuk pelanggannya. Setelah anda melanggan, biasanya anda akan di berikan satu laman web menyerupai laman web penyedia affliate tersebut dengan alamat laman webnya mempunyai rujukan identiti anda. Katakan nama laman web tersebut adalah www.domainanda.com. Laman web yang diberi percuma kepada anda mungkin www.domainanda.com/index.php?=agenanda. Dengan laman web yang diberi percuma itu anda dikehendaki membuat promosi dan mendapatkan jualan ke atas produk yang ditawarkan oleh penyedia affliate.

Anda akan diberikan komisen mengikut banyak mana anda membuat jualan. Segala proses pembungkusan dan penghantaran dilakukan oleh penyedia affiliate. Kebaikan perniagaan ini adalah, anda tidak perlu lagi menyediakan laman web dan memikirkan produk apa yang hendak di jual.

Kategori : E-Dagang

Satu komen untuk “Menyediakan Produk Untuk Pasaran Internet”


hanafi 07/08/2009

Terima kasih di atas info yang berguna, sememangnya diperlukan oleh newbie dalam mendapatkan idea produk untuk diniagakan.



Recent Comments
    • admin: betul tu. Itulah sebaik-baiknya....
    • kak nor: kita kena betul2 kenal siapa si-penulis e-book dan tengok ju...
    • Mary Nyangoh: Belum ada komen, kerana belum menyertainya...
    • Mary Nyangoh: Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai E-Dagang...
    • Fione Tan: Terima kasih kerana memperkenalkan saya.... Informasi ar...
goStreamyx.com