17 August, 2009, 11:01 am oleh

Di Post sebelum ini anda telah didedahkan dengan rahsia produk yang menjadi pilihan pakar. Seterusnya anda akan didedahkan pula dengan rahsia bagaimana mereka memasarkan produk tersebut. Ketahui beberapa formula rahsia pemasaran yang mereka gunakan.
MENYEDIAKAN LAMAN WEB JUALAN YANG BERKESAN
Selain menyediakan produk terlaris sendiri, perkara kedua yang menjadi rahsia pakar internet ialah menggunakan laman web jualan yang benar-benar hebat dan berupaya menarik minat pelawat untuk membeli produk mereka. Bagi mereka laman web jualan adalah kedai untuk mempamerkan produk yang dijual dan kandungan web jualan pula adalah pekerjanya yang bertugas 24 jam sehari, 7 hari seminggu tanpa henti.
‘Pekerja’ tersebut adalah;
Jurujual yang dimaksudkan adalah kandungan web jualan yang mempunyai maklumat yang lengkap tentang produk yang dijual, menerangkan faedah yang diperolehi daripada produk, menunjukkan bukti keberkesanan produk, membuat tawaran istemewa dan memujuk pelawat supaya membeli.
Untuk menghasilkan jualan yang memberangsangkan, sudah tentu memerlukan jurujual yang benar-benar hebat dan berupaya merubah hati pelawat menjadi pembeli. Di bab seterusnya anda akan didedahkan langkah demi langkah bagaimana untuk menghasilkan ‘jurujual’ terhebat tersebut.
Cashier yang jujur pula adalah sistem penerimaan pesanan (order) dan sistem penerimaan bayaran. Sistem penerimaan pesanan (order) berfungsi untuk mencatatkan pesanan pelanggan setelah membuat bayaran. Sistem penerimaan bayaran akan menerima bayaran daripada pelanggan, samada menggunakan kad kredit atau kaedah manual seperti bank in, wang pos dan sebagainya.
Pegawai perhubungan pelanggan yang dimaksudkan adalah sistem hubungi (contact) yang akan menerima segala komen dan maklumbalas daripada pelawat dan pelanggan. Setelah menerima maklumbalas, anda perlu mengambil tindakan segera melayan kehendak mereka. Tindakan yang segera juga merupakan rahsia yang dilakukan pakar supaya pelawat atau pelanggan rasa dihargai.
Pengiklan yang tidak mengenal jemu adalah sistem autoresponder. Dengan sistem ini pakar-pakar internet akan melakukan proses follow up kepada pelawat untuk memujuk pelawat membeli produk mereka. Follow up adalah beberapa mesej yang dihantar kepada pelawat secara berperingkat-peringkat melalui email. Mesej akan dihantar mengikut hari yang telah ditetapkan contohnya mesej pertama diterima pelawat pada hari pertama, mesej kedua pada hari ke 7 dan mesej ketiga pada hari ke 14.
Komponen sistem autoresponder iaitu borang opt-in akan dipasang di laman web jualan atau blog. Apabila pelawat ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk anda, mereka akan mengisikan nama dan email mereka diborang opt-in. Sistem akan merekodkan email mereka dan pelawat akan menerima produk percuma, sample atau e-book percuma melalui email. Mesej follow up akan dihantar ke senarai email ini.
Bagaimana menggalak lebih ramai orang melayari laman ini?