ARB Dagang.Com
Pengedar Produk Digital Terpilih

18
Aug

Merangka Teknik Pemasaran Bhg.2

18 August, 2009, 3:15 pm oleh admin

 

teknik2-pasaran-H1N1

MENGENALPASTI NAMA DOMAIN YANG SESUAI

Domain adalah tanda perniagaan internet anda. Ia juga diibaratkan sebagai nama kedai atau syarikat perniagaan. Dalam strategi pemasaran, nama domain perlu disesuaikan dengan tema perniagaan. Sebagai contoh jika produk yang dijual adalah e-book bertajuk Rahsia Awet muda, maka nama domain yang sesuai adalah seperti rahsia-awet-muda.com atau awet-muda.com.

Nama domain sedemikian menjadi pilihan pakar kerana nama domain yang mengandungi keyword sebegini biasanya menjadi pilihan search engine untuk segera diindeks dan meletakkan laman web tersebut di enjin carian. Ini akan menjadikan laman web jualan mereka mudah dijumpai pelawat.

Sambungan domain seperti .com, .my, .net dan sebagainya juga memainkan peranan dalam strategi pemasaran. Menggunakan sambungan domain yang popular seperti .com akan menjadikana perniagaan mereka kelihatan lebih berkredibiliti dan profisional.

MEMILIH PENYEDIA HOSTING

Pakar-pakar perniagaan internet memilih penyedia web hosting yang memenuhi kreteria untuk menjalankan perniagaan internet. Perkara utama yang dititikberatkan adalah prestasi penyedia web hosting tersebut. Mereka akan memilih penyedia web hosting yang berupaya beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu tanpa masalah.

Sekiranya web hosting gagal beroperasi walaupun seminit, ia merupakan kerugian besar bagi mereka kerana dalam tempoh seminit mereka telah kehilangan ramai pelanggan. Mereka akan berpindah ke penyedia web hosting yang lain sekiranya prestasi web hosting yang digunakan tidak memuaskan.

MELANTIK AJEN JUALAN

Untuk meluaskan lagi rangkaian pemasaran pakar-pakar perniagaan internet akan melantik beberapa ajen jualan yang berpotensi untuk memasarkan produk mereka di internet. Terdapat juga pakar yang membuka peluang kepada pelawat web jualan mereka menjadi ajen jualan mereka. Ajen jualan ini dipanggil ahli affiliate. Ahli affiliate ini akan menerima komisyen atas jualan mereka.

Sistem affiliate adalah sistem yang memudahkan untuk menguruskan agen-agen jualan terutamanya untuk memantau jualan yang dihasilkan oleh mereka dan memudahkan untuk membayar komisyen. Segala rekod seperti butiran ahli affiliate, jualan yang dihasilkan dan komisyen yang akan diterima disimpan di database sistem affiliate. Ahli affiliate juga boleh menyemak akaun mereka untuk menyemak jualan mereka dan juga mendapatkan alat bantuan promosi seperti link affiliate, banner dan sebagainya.

MENDAPATKAN KERJASAMA RAKAN PERNIAGAAN

Rahsia pemasaran seterusnya adalah mendapatkan bantuan rakan perniagaan atau seringkali disebut joint venture atau ringkasnya rakan JV. Pakar perniagaan internet akan mendapatkan kerjasama rakan JV untuk mempercepatkan proses sesebuah projek mereka. Ini adalah kerana pakar internet tidak semestinya pakar dalam semua hal. Contohnya mereka menggunakan khidmat rakan JV untuk menyediakan design laman web jualan mereka.

Selain daripada itu mereka juga mendapatkan bantuan rakan JV untuk mempromosikan produk mereka. Kebiasaannya rakan JV mereka mempunyai senarai email yang besar dan pembaca blog mereka yang ramai. Rakan JV akan mempromosikan produk pakar tersebut kepada senarai email dan pembaca blog mereka. Secara tidak langsung rakan JV akan membantu pakar melariskan jualan produk mereka. Rakan JV juga akan mendapat faedah dengan menerima komisyen hasil jualan produk pakar tersebut.

MERANGKA PRA PELANCARAN DAN PELANCARAN PRODUK

Pengeluar kereta seperti proton akan melakukan pra pelancaran model terbarunya sebelum melakukan pelancaran. Semasa pra pelancaran anda akan diberikan serba sedikit mengenai kehebatan kereta tersebut. Ramai tertunggu-tunggu, bila kereta tersebut akan dilancarkan. Apabila tiba dihari pelancaran ramai berpusu-pusu untuk menempah kereta tersebut.

Begitu juga dengan perniagaan internet, pakar-pakar perniagaan internet akan melakukan pra pelancaran dahulu sebelum pelancaran. Semasa tempoh pra pelancaran mereka akan mula mengumpul seberapa ramai prospek (mailing list) dengan menggunakan sistem autoresponder yang dipasang di web pra pra pelancaran.

Rakan JV mereka juga akan menghebahkan kepada pembaca blog dan juga mailing list mereka Dalam tempoh pra pelancaran ini, prospek akan tertunggu-tunggu, bila produk tersebut akan dilancarkan. Apabila tiba masa pelancaran, prospek sudah cukup bersedia untuk membeli produk mereka. Bukan itu sahaja, prospek akan rasa terpukau bila membaca web jualan yang dipersembahkan. Akibatnya pada hari pelancaran, jualan produk akan mencatatkan jualan tertinggi.

MERANGKA BACK END SELLING

Secara umumnya menjual produk back end selling boleh dibahagikan kepada beberapa keadaan;

  • Produk yang dibeli bukan pada lawatan pertama web jualan.

Contohnya seseorang pelawat membaca kandungan web jualan anda tetapi kurang berminat untuk membeli. Pelawat tersebut mengisikan borang opt-in dengan memberikan email mereka dengan tujuan untuk mendapatkan preview percuma produk anda.

Selang beberapa hari pelawat tersebut meneliti produk percuma tersebut tetapi masih belum berminat untuk membeli. Setelah anda menghantar beberapa mesej follow up akhirnya pelawat tersebut tertarik dengan produk anda dan membelinya. Jualan ini dipanggil back end selling.

  • Jualan yang terhasil semasa pelawat hendak membuat bayaran untuk pembelian pertama.

Contohnya seseorang pelawat telah berminat dengan produk yang ditawarkan dan terus klik pada button order now. Pelawat tersebut akan di bawa ke page order di mana sebelum membuat bayaran pelawat tersebut telah ditawarkan untuk membeli produk kedua dengan harga istemewa.

Di page order tersebut diterangkan bahawa harga istemewa yang ditawarkan ke atas produk kedua hanya sekiranya pelawat membeli bersama sama produk pertama. Produk kedua ini di panggil produk back end selling.

  • Jualan yang terhasil daripada pembelian produk pertama.

Contohnya pelawat telah membeli produk yang telah ditawarkan dan ketika penghantaran produk, pelawat tersebut telah diberikan katalog untuk pelawat memilih dan membeli produk lain yang ditawarkan. Sekiranya pelawat tersebut berminat dengan produk yang dipamerkan di katalog, pelawat tersebut akan membeli untuk kali kedua. Jualan kali kedua ini juga disebut back end selling

  • Jualan yang terhasil daripada pelawat yang diperkenalkan oleh pembeli produk.

Contohnya seperti si A telah membeli produk anda dan berpuashati dengan produk yang anda tawarkan. Si A telah mengesyorkan kepada si B supaya membeli produk tersebut. Akhirnya si B juga membeli produk yang ditawarkan. Jualan tersebut juga disebut back end selling.

Keempat-empat teknik tersebut adalah salah satu rahsia pakar perniagaan internet memaksimumkan jualan produk mereka. Bukan sahaja produk mereka laris bahkan mendapat keuntungan daripada penjualan produk back end selling.

Kategori : Domain/Hosting / E-Dagang

Recent Comments
    • admin: betul tu. Itulah sebaik-baiknya....
    • kak nor: kita kena betul2 kenal siapa si-penulis e-book dan tengok ju...
    • Mary Nyangoh: Belum ada komen, kerana belum menyertainya...
    • Mary Nyangoh: Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai E-Dagang...
    • Fione Tan: Terima kasih kerana memperkenalkan saya.... Informasi ar...
goStreamyx.com