ARB Dagang.Com
Pengedar Produk Digital Terpilih

1
Jun

Definisi edagang

1 June, 2008, 3:06 am oleh admin

Terdapat banyak definasi terhadap perniagaan e-dagang. Seorang tokoh e-dagang Malaysia, Dr Irfan Khairi mendefinasikan e-dagang (perniagaan internet) adalah “penggunaan internet sebagai alat untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan serta mengambil peluang interaktif internet untuk melakukan proses jual beli. Internet membolehkan perhubungan secara langsung antara peniaga dan pembeli tanpa bersua muka”.

Secara umumnya e-dagang adalah model perniagaan yang mana segala aktiviti perniagaan dijalankan sepenuhnya melalui penggunaan internet sebagai mediumnya.

Aktiviti e-dagang merangkumi penggunaan laman web bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan, melakukan pemasaran menerima bayaran melalui internet dan pengurusan khidmat pelangan secara online. 

Terdapat dua jenis perniagaan yang boleh di jalankan melalui medium internet iaitu yang berasaskan produk fizikal, produk digital dan produk perkhidmatan.

Produk fizikal adalah seperti pakaian, buku, makanan kesihatan, cenderamata manakala produk digital adalah seperti e-book, rakaman video, rakaman gambar dalam format bmp, jpeg, gif yang hanya boleh di muat turun melalui komputer atau di hantar melalui e-mel. Contoh perniagaan berteraskan perkhidmatan adalah seperti perkhidmatan membina laman web, perkhidmatan mencari jodoh dan lan lain perkhidmatan yang bersesuaian dijalankan di internet. 

Sekian

Kategori : E-Dagang

Recent Comments
    • admin: betul tu. Itulah sebaik-baiknya....
    • kak nor: kita kena betul2 kenal siapa si-penulis e-book dan tengok ju...
    • Mary Nyangoh: Belum ada komen, kerana belum menyertainya...
    • Mary Nyangoh: Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai E-Dagang...
    • Fione Tan: Terima kasih kerana memperkenalkan saya.... Informasi ar...
goStreamyx.com