ARB Dagang.Com
Pengedar Produk Digital Terpilih

3
Aug

Produk Untuk Pemasaran Online

3 August, 2009, 12:08 am oleh admin

produk

Sebelum mengenalpasti apakah produk yang hendak ditawarkan dalam perniagaan internet, terlebih dahulu perlu diketahui, bahawa terdapat tiga jenis produk yang boleh di niagakan melalui medium internet iaitu yang berasaskan produk fizikal, produk digital dan produk perkhidmatan.

Produk fizikal bermaksud produk yang boleh dilihat, disentuh dan dirasa oleh deria utama. Contoh produk ini ialah seperti makanan, pakaian, keperluan harian, cenderamata dan lain-lain. Produk jenis ini mempunyai kelebihan tersendiri. Selain dapat dipasarkan di internet ia juga boleh di niagakan dengan cara offline oleh anda sendiri atau oleh pelanggan perniagaan internet anda yang menjadi pengedar. Walaupun margin keuntungan hanya 10 hingga 30 peratus daripada harga produk namun ia masih mempunyai permintaan tinggi di pasaran internet. Kelemahan produk ini ialah ia perlu diselenggara dengan cermat kerana ia boleh rosak akibat cuaca dan kecuaian manusia. Selain daripada itu anda perlu sentiasa memastikan stok mencukupi. Produk ini juga memerlukan anda memproses, membungkus dan menghantar produk kepada pelanggan.

Produk digital adalah produk yang dapat dilihat dan didengar tetapi tidak dapat dirasa dan disentuh oleh deria. Contohnya seperti bahan-bahan audio, video, gambar yang masih dalam format bmp, jpeg, gif, e-book yang mana produk ini boleh diterima pelanggan hanya dengan memuat turun daripada laman web atau dihantar melalui e-mel.Produk ini sangat popular kerana banyak kelebihannya. Produk ini tidak perlu dibungkus dan diposkan kerana pelanggan akan menerima produk dengan memuat turun atau di hantar melalui e-mail sebaik sahaja proses bayaran selesai. Anda digalakkan menceburi perniagaan internet yang menawarkan produk jenis ini jika mempunyai kebolehan menghasilkan produk digital kerana keuntungannya melebihi 100%.

Perniagaan berteraskan perkhidmatan adalah seperti perkhidmatan membina laman web, perkhidmatan mencari jodoh, perkhidmatan e-pembelajaran, agensi pengiklanan, perkhidmatan pelancongan dan lain-lain perkhidmatan.Perniagaan ini memerlukan kepakaran yang tinggi dalam bidang perkhidmatan yang ditawarkan. Oleh itu minat yang mendalam dalam bidang perkhidmatan tersebut diperlukan untuk menjamin perniagaan anda tidak terbengkalai di tengah jalan. Ia juga memerlukan banyak masa untuk penyelenggaran. Produk jenis ini dapat menjana keuntungan yang besar kerana kebanyakan pelanggannya adalah pelanggan berulang.

Banyak kategori produk yang dipasarkan di internet. Sebelum memilih produk apa yang hendak diniagakan, teliti dahulu kategori produk tersebut. Setelah mengenalpasti kategori produk yang diminati, tumpukan usaha mengenalpasti jenis produk dan sumber untuk mendapatkannya. Pastikan kualiti, kuantiti dan harganya.

Sebelum mengenalpasti apakah produk yang hendak ditawarkan dalam perniagaan internet, terlebih dahulu perlu diketahui, bahawa terdapat tiga jenis produk yang boleh di niagakan melalui medium internet iaitu yang berasaskan produk fizikal, produk digital dan produk perkhidmatan.

Produk fizikal bermaksud produk yang boleh dilihat, disentuh dan dirasa oleh deria utama. Contoh produk ini ialah seperti makanan, pakaian, keperluan harian, cenderamata dan lain-lain. Produk jenis ini mempunyai kelebihan tersendiri. Selain dapat dipasarkan di internet ia juga boleh di niagakan dengan cara offline oleh anda sendiri atau oleh pelanggan perniagaan internet anda yang menjadi pengedar. Walaupun margin keuntungan hanya 10 hingga 30 peratus daripada harga produk namun ia masih mempunyai permintaan tinggi di pasaran internet. Kelemahan produk ini ialah ia perlu diselenggara dengan cermat kerana ia boleh rosak akibat cuaca dan kecuaian manusia. Selain daripada itu anda perlu sentiasa memastikan stok mencukupi. Produk ini juga memerlukan anda memproses, membungkus dan menghantar produk kepada pelanggan.

Produk digital adalah produk yang dapat dilihat dan didengar tetapi tidak dapat dirasa dan disentuh oleh deria. Contohnya seperti bahan-bahan audio, video, gambar yang masih dalam format bmp, jpeg, gif, e-book yang mana produk ini boleh diterima pelanggan hanya dengan memuat turun daripada laman web atau dihantar melalui e-mel.Produk ini sangat popular kerana banyak kelebihannya. Produk ini tidak perlu dibungkus dan diposkan kerana pelanggan akan menerima produk dengan memuat turun atau di hantar melalui e-mail sebaik sahaja proses bayaran selesai. Anda digalakkan menceburi perniagaan internet yang menawarkan produk jenis ini jika mempunyai kebolehan menghasilkan produk digital kerana keuntungannya melebihi.

Perniagaan berteraskan perkhidmatan adalah seperti perkhidmatan membina laman web, perkhidmatan mencari jodoh, perkhidmatan e-pembelajaran, agensi pengiklanan, perkhidmatan pelancongan dan lain-lain perkhidmatan.Perniagaan ini memerlukan kepakaran yang tinggi dalam bidang perkhidmatan yang ditawarkan. Oleh itu minat yang mendalam dalam bidang perkhidmatan tersebut diperlukan untuk menjamin perniagaan anda tidak terbengkalai di tengah jalan. Ia juga memerlukan banyak masa untuk penyelenggaran. Produk jenis ini dapat menjana keuntungan yang besar kerana kebanyakan pelanggannya adalah pelanggan berulang.

Banyak kategori produk yang dipasarkan di internet. Sebelum memilih produk apa yang hendak diniagakan, teliti dahulu kategori produk tersebut. Setelah mengenalpasti kategori produk yang diminati, tumpukan usaha mengenalpasti jenis produk dan sumber untuk mendapatkannya. Pastikan kualiti, kuantiti dan harganya.

Kategori : E-Dagang

Recent Comments
    • admin: betul tu. Itulah sebaik-baiknya....
    • kak nor: kita kena betul2 kenal siapa si-penulis e-book dan tengok ju...
    • Mary Nyangoh: Belum ada komen, kerana belum menyertainya...
    • Mary Nyangoh: Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai E-Dagang...
    • Fione Tan: Terima kasih kerana memperkenalkan saya.... Informasi ar...
goStreamyx.com