1 July, 2008, 6:37 pm oleh

Dua hari lepas dunia dikejutkan lagi dengan berita dari Malaysia yang menggemparkan iaitu berita mengenai kes Datuk Sri Anwar Ibrahim. Berita ini mengundang pelbagai spekulasi khususnya dari rakyat Malaysia. Bukan itu saja, malah semua akhbar dan rangkaian tv yang menyiarkan berita tersebut mencatatkan rate pembaca dan penonton yang tinggi. Mengapa berita mengenai kes beliau mendapat liputan meluas begini ? Sekiranya kes ini bukan kes mengenai beliau tetapi kes ini terjadi kepada En Mat yang tidak terkenal, adakah En. Mat juga mendapat liputan meluas dari media sebagaimanayang terjadi kepada Datuk Sri Anwar Ibrahim. Fikir-fikirkanlah.
Apa yang dapat disimpulkan adalah, nama Datuk Sri Anwar Ibrahim telah di ketahui ramai samada di Malaysia, malahan di seluruh dunia. Beliau telah dikenali sebelum ini kerana beliau adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Disebabkan beliau terkenal maka semua perkara dan berita mengenai beliau mendapat perhatian umum.
Sebagaimana juga perniagaan internet, anda perlu terkenal dan popular, barulah website atau blog anda mendapat perhatian ramai dan mempunyai trafic yang tinggi. Sekiranya anda terkenal dan popular dalam bidang perniagaan internet sehebat Dr. Irfan Khairi, maka segala produk anda juga akan mendapat sambutan.
Untuk itu anda perlu membina kredibiliti anda supaya pelanggan mempercayai dan yakin kepada anda. Untuk peringkat permulaan, di antara cara berkesan unuk membina kredibiliti adalah dengan cara menerbitkan ezine (majalah elektronik) dan newsletter anda sendiri secara percuma. Anda juga boleh menulis ebook percuma dan selalu mengemaskini blog anda.
Selain daripada itu anda juga digalakkan mengambil bahagian di dalam forum-forum mengenai perniagaan internet dengan memberi komen dan cadangan bernas. Selalulah mengunjungi blog-blog pedagang-pedagang internet yang telah berjaya dan terkenal dan jangan lupa memberikan komen kepada post-post blog tersebut.
Sekiranya anda ada cara lain yang lebih berkesan untuk membina kredibiliti anda dialu-alukan memberi komen dan pandangan di blog ini supaya dapat dikongsi bersama.
benar. Ianya perlu. Jika tak popular. Susah sikit nak pasarkan nama dan produk kita.
Salam,
Menjadi popular untuk kebaikan tak palah, jgn pulak untuk keburukan
. Tak kiralah, apa-apa bidang yang diceburi, populariti akan menolong untuk meningkatkan kreadibiliti dan pada masa yang sama membuka peluang untuk buat duit.
Dalam bidang saya, career marketing (www.resumeweassist.com/blog) memang memerlukan pembinaan kreadibility yang baik untuk menyakinkan bakal pelangan saya untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan. Cara saya ialah dengan mempromosikan blog saya and buat talk di pusat-pusat institusi tinggi. InsyAllah, semoga saya berjaya.
Betul tu,.. tadi baca internetmillionaires.com.my gobala jumpa raja petra malaysiatoday.com
blog malaysiatoday 1 juta sehari..
Pergh kalau letak iklan nuffnang… mesti terkial diorang nak keluarkan cek..
huhuhu..
In the last day day critical time hard to deal with. (2timorthy3:1-5)
bagi saya ketepikan dulu soal popular, berbloglah dengan hati, ikhlas untuk menyampaikan maklumat lambat laun popular yg datang mencari kita bukan kita yg mencari popular